Senator Syor Pendidikan Islam, Moral Jadi Syarat Wajib Lulus SPM

Diterbitkan: Isnin, 26 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seorang anggota Dewan Negara hari ini mengutarakan cadangan supaya matapelajaran Pendidikan Islam dan Pendidikan Moral dijadikan syarat wajib lulus peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Senator Datin Paduka Nor Hayati Onn berkata pengetahuan agama dan nilai murni adalah dua perkara penting yang diperlukan untuk meningkatkan kekuatan rohani di kalangan remaja.

Menurutnya isu sosial adalah masalah besar yang dialami oleh negara maju seperti Australia dan Amerika Syarikat sekalipun, dan beliau memberi contoh jumlah kes pembuangan bayi yang tinggi di negara berkenaan meskipun ia mempunyai undang-undang yang khusus berkaitan kesalahan itu.

"Isu keruntuhan moral perlu diubati dengan input pembaikan sahsiah dan moral," katanya ketika membahaskan Rancangan Malaysia ke-10 (RMK-10) di Dewan Negara di sini hari ini.

Beliau berkata sebahagian daripada mereka yang terlibat dalam kes-kes pembuangan bayi adalah terdiri daripada golongan remaja yang berpendidikan tinggi dan juga lulusan universiti.

Nor Hayati berkata walaupun berpelajaran, mereka tidak mempunyai kekuatan rohani yang tinggi untuk melawan nafsu jahat dalam diri.

"Masyakarat berilmu tanpa nilai moral yang tinggi tidak akan menjamin negara akan bebas daripada perkara-perkara yang keji," katanya.

Menurut beliau statistik Polis Di Raja Malaysia (PDRM) sebelum ini menunjukkan 485 kes pembuangan bayi dicatatkan antara tahun 2004 dan 2009, yang paling ramai melibatkan remaja antara 18 dan 25 tahun. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan