Program Kembali Bekerja Perkeso Berhasil

Diterbitkan: Isnin, 26 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Lebih daripada separuh pekerja hilang upaya akibat kemalangan di tempat kerja, yang sesetenganya hilang upaya kekal yang menyertai Program Kembali Bekerja (PKB) anjuran Pertubuhan Perkhidmatan Sosial (Perkeso) telah memperolehi pekerjaan, kata Menteri Sumber Manusia, Datuk Dr S. Subramaniam.

Beliau berkata daripada 1,206 pekerja yang diserap dalam PKB sejak dimulakan pada 2007, 629 pekerja atau lebih daripada 53 peratus ditawarkan pekerjaan oleh kira-kira 500 syarikat, sementara 208 pekerja lagi akan ditawarkan pekerjaan tidak lama lagi.

Katanya 95 pekerja sedang menjalani pemulihan dan baki 274 pekerja telah memulakan proses pemulihan.

"Ini menunjukkan PKB adalah berjaya dan akan diperluaskan untuk meliputi lebih banyak pekerja cedera yang menyumbang kepada Perkeso," kata kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan PKB Kebangsaan di sini, Isnin.

Dr Subramaniam berkata Perkeso berharap sekurang-kurangnya 80 peratus pekerja yang menyertai PKB akan mendapat pekerjaan.

Beliau berkata hanya 10 peratus daripada pekerja yang terbabit dalam kemalangan berkaitan industri atau di tempat kerja, dipilih menyertai PKB berdasarkan peluang untuk mereka pulih atau boleh kembali bekerja.

Katanya Perkeso melantik 35 pengurus kes untuk mentadbir PKB termauk memantau pemulihan pekerja dan mengenal pasti jenis atau bentuk tugas kepada pekerja selepas menjalani pemulihan.

Mengenai Pusat Pemulihan Perkeso di Melaka, beliau berkata ia dijangka siap pada 2013.

Mengenai laporan akhbar bahawa Jabatan Imigresen semalam telah membebaskan 71 rakyat Indonesia yang dikurung oleh sebuah agensi pekerjaan di Kangar, Perlis selama dua tahun, Dr Subramaniam berkata Jabatan Sumber Manusia akan mengambil tindakan terhadap agensi berkenaan, termasuk kemungkinan menyenarai hitam di bawah Akta Pekerjaan 1955.

"Ini perkara serius, terutama apabila dilaporkan mereka (warga Indonesia) ditahan bukan atas kerelaan mereka," katanya.

Beliau berkata Jabatan Sumber Manusia akan turut menyiasat laporan bahawa Kontena Nasional telah membuang 22 pekerja tanpa sebarang sebab munasabah. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan