Masyarakat Islam Mungkin Elak Berbuka Puasa Di Hotel Jika Sijil Halal Tak Diperolehi

Diterbitkan: Isnin, 26 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Fenomena suram tidak mustahil melanda sebahagian hotel di negara ini pada waktu berbuka puasa sepanjang bulan Ramadan sekiranya pengusaha hotel terus berdegil enggan memohon sijil halal.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata, sehingga hari ini hanya 64 hotel yang mendapat status dapur halal.

Beliau berkata, Jakim sudah pun menyediakan perkhidmatan “laluan segera” (fast track) kepada pengusaha hotel yang mahu memohon sijil halal atau pembaharuan semula.

“Walaupun bulan Ramadan hanya tinggal kira-kira dua minggu lagi, namun masih belum terlambat untuk mereka membuat permohonan.

“Bagaimanapun hanya siapa cepat yang akan dapat kerana kalau masih menangguh dan enggan bertindak, mereka mungkin tidak akan mendapat sijil halal menjelang Ramadan,” katanya kepada mStar Online, hari ini.

Wan Mohamad berkata, kelulusan setiap sijil halal memerlukan penelitian bagi memastikan permohonan mematuhi standard dan piawaian yang ditetapkan Jakim.

Kebiasaannya, proses permohonan sijil halal mengambil masa 30 hari, namun Jakim membantu memberi kelulusan segera dalam dua minggu sekiranya terdapat keperluan mendesak.

“Jika mereka memohon pada minggu ini, mereka mungkin berpeluang mendapatkan sijil halal. Namun tiada jaminan sekiranya masih mahu menangguhkannya lagi,” ujarnya.

Hotel antarabangsa atau hotel yang mempunyai rangkaian perlu memohon sijil halal daripada Jakim, sementara hotel lain boleh terus mendapatkannya daripada Jabatan Islam Negeri.

Beliau menambah, keperluan pengguna Muslim jangan diabaikan dan pengusaha hotel seharusnya bertanggungjawab terhadap kepentingan itu tanpa mengejar kehendak dan keuntungan promosi semata-mata.

“Jangan persalahkan Jakim sekiranya bilangan pelanggan Muslim yang mahu berbuka puasa di hotel anda (pengusaha hotel) berkurangan pada Ramadan kali ini.

“Kami hanya beri nasihat kerana tahap kesedaran masyarakat Muslim kini sangat tinggi dan mereka semakin bijak membuat pertimbangan terutama pilihan lokasi untuk berbuka puasa,” katanya lagi.

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan