KWSP Belanjakan RM500.8 Juta Di Bawah Skim Pengeluaran Kesihatan

Diterbitkan: Isnin, 26 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejumlah RM500.8 juta dikeluarkan oleh 93,914 pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah Skim Pengeluaran Kesihatan, sejak ia diperkenalkan pada November 1994 hingga bulan lepas.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, anggota yang mengeluarkan caruman di bawah skim ini sebahagian besarnya adalah mereka yang berpendapatan kurang dari RM2,500 sebulan (71 peratus), pendapatan RM2,500 hingga RM4,999 sebulan (17 peratus), pendapatan RM5,000 hingga RM9,999 (sembilan peratus) dan pendapatan lebih RM10,000 (tiga peratus).

"Skim Pengeluaran Kesihatan yang diluluskan oleh Lembaga KWSP bertujuan untuk membolehkan ahli mengeluarkan simpanan Akaun 2 untuk membiayai kos rawatan perubatan penyakit kritikal yang dihadapi oleh ahli dan tanggungan ahli yang dibenarkan," katanya dalam jawapan bertulis kepada pertanyaan Senator Zamri Yusuf, di Dewan Negara hari ini.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata, tahun lepas, bilangan pencarum yang membuat pengeluaran ialah 4,601 orang dengan amaun pengeluaran sebanyak RM37.3 juta.

Manakala, sehingga Jun tahun ini, seramai 1,794 pencarum telah membuat pengeluaran dengan amaun pengeluaran sebanyak RM14.4 juta.

Beliau berkata, bayaran dibuat dalam tempoh tidak melebihi 21 hari bekerja daripada tarikh permohonan diterima sekiranya maklumat yang diberikan oleh anggota adalah lengkap dan teratur.

Sementara itu, Najib berkata, bermula 15 Jun tahun ini, senarai penyakit kritikal untuk skim berkenaan telah diperluaskan daripada 13 jenis penyakit kepada 39 penyakit.

Antara penyakit kritikal yang dibenarkan di bawah Skim Pengeluaran Kesihatan adalah Anemia Aplastik, buta, kegagalan buah pinggang, penyakit Parkinson, hilang upaya kekal, lelah asma yang teruk, Leukimia dan Intellectual Impairment Due to Accident or Sickness. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan