Kasih Sayang Keluarga Lebih Penting: Shahrizat

Diterbitkan: Isnin, 26 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

JOHOR BARU: Kerajaan boleh menggubal pelbagai undang-undang, dasar atau menyediakan infrastruktur bagi menangani masalah sosial yang berlaku, tetapi kesemua usaha ini tidak akan membuahkan hasil tanpa kasih sayang keluarga.

Menurut Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, kasih sayang dan tunjuk ajar keluarga terhadap anak-anak merupakan perkara yang paling penting di dalam usaha membendung masalah sosial.

"Hari ini semua orang terlalu sibuk. Hari ini kita francais (penjagaan anak-anak) sama ada kepada cikgu dan lain-lain. Saya harap kita (kementerian) mempunyai tangan yang mencukupi untuk berada di setiap rumah.

"Apa yang anak-anak perlukan adalah pelukan, kasih sayang dan tunjuk ajar daripada kita (keluarga)," katanya pada sidang media hari ini yang turut dihadiri oleh Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman di sini.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan taklimat tentang program keusahawan sosial kementerian di bawah Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) kepada wakil-wakil rakyat, anggota Parlimen dan agensi kerajaan Johor.

Katanya, di dalam pelbagai tinjauan yang dilakukan termasuk menemui kanak-kanak terbiar, kebanyakkan daripada mangsa menyatakan mereka kekurangan kasih sayang dan perhatian daripada keluarga.

Institusi kekeluargaan ketika ini tidak berfungsi dan anak-anak merupakan mangsa apabila ibu bapa dan keluarga terlalu sibuk untuk memberi perhatian serta kasih sayang kepada mereka, katanya.

"Pada masa dahulu, jika bapa sibuk ibu akan mengambil alih tugas di dalam menjaga anak-anak dan jika ibu juga sibuk, datuk dan nenek akan mengambil alih peranan itu. Tetapi kini semua terlalu sibuk," kata beliau.

Mengenai program keusahawan sosial untuk membasmi kemiskinan di kalangan penduduk, beliau berkata, kementerian memberi perhatian untuk membasmi mereka yang dikategorikan sebagai miskin dan miskin tegar.

Golongan miskin tegar merupakan isi rumah yang mempunyai pendapatan RM440 ke bawah, manakala golongan miskin pula dikategorikan sebagai isi rumah yang berpendapatan RM750 kebawah.

Di bawah program itu kata Shahrizat, golongan miskin dan miskin tegar di diberi peluang keluar daripada kepompong kemiskinan menerusi penyertaan di dalam pelbagai program seperti AZAM Niaga, AZAM Tani, AZAM Kerja dan AZAM Khidmat. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Kolumnis

iklan

Iklan