JHEV Berharap Kerajaan Naikkan Wang Sara Hidup Pesara Tentera

Diterbitkan: Isnin, 26 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jabatan Hal Ehwal Veteran (JHEV) Angkatan Tentera Malaysia berharap kerajaan dapat menaikkan kadar wang sara hidup pesara tentera daripada RM200 kepada RM500 sebulan.

Ketua Pengarahnya Mej. Jen. Datuk Zulkiflee Mazlan berkata perkara itu telah dikemukakan kerajaan untuk pertimbangan memandangkan kadar sedia ada sudah tidak sesuai.

"Cadangan itu sudah diluluskan di peringkat kementerian dan kini kita sedang menunggu persetujuan jemaah kabinet melalui Jabatan Perbendaharaan Negara, " katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian cek untuk Tabung Rayuan Hari Pahlawan 2010 oleh Dewan Perniagaan Bekas Tentera Malaysia, di sini, Isnin.

Zulkiflee berkata cadangan kenaikan itu bertujuan membantu pesara tentera yang hidup susah selain bagi mengimbangi kenaikan kos sara hidup yang terpaksa ditanggung pesara atau waris mereka.

Beliau berkata secara purata, JHEV menerima sebanyak 720 permohonan baru setiap tahun yang memohon untuk mendapatkan bantuan wang sara hidup berkenaan.

"Setiap permohonan itu akan diteliti oleh Bahagian Kebajikan dan Kesihatan JHEV dan mereka yang amat memerlukan akan disenarai pendek sebelum layak menerima wang sara hidup terbabit," katanya.

Sementara itu, sebanyak RM5.6 juta berjaya dikutip setakat ini bagi mengisi Tabung Rayuan Hari Pahlawan berbanding hanya RM880,000 pada tahun lepas.

Zulkiflee berkata jumlah itu menunjukkan rakyat Malaysia semakin prihatin dalam menghargai pengorbanan pejuang terdahulu yang sanggup berkorban demi negara tercinta.

Kempen Rayuan Hari Pahlawan itu yang diadakan setiap tahun bertujuan mengumpul dana daripada orang ramai dan syarikat korporat untuk diagihkan kepada bekas-bekas tentera dan keluarga mereka yang memerlukan bantuan.

Buat julung kalinya juga kempen yang bertemakan "Rakyat Sejahtera Jasa Pahlawan Dikenang" itu dilaksanakan JHEV dengan dibantu Persatuan Bekas Tentera Malaysia dan berlangsung selama tiga bulan bermula 1 Julai hingga 30 September ini. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Kolumnis

iklan

Iklan