Hampir 300 Penduduk Bandar Baharu Bantah Operasi Lori Bermuatan Tanah Merah

Diterbitkan: Isnin, 26 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BANDAR BAHARU: Hampir 300 penduduk mukim Sungai Kechil Hilir dan Relau di sini meminta kerajaan negeri dan Pejabat Tanah Daerah supaya menutup sekurang-kurangnya tujuh buah kuari yang mengeluarkan tanah merah kerana menimbulkan pelbagai masalah khususnya keselamatan kepada 8,000 penduduk mukim terbabit.

Hari ini, mereka berhimpun secara aman di padang Keda Sungai Kecil Hilir dekat sini bagi memprotes tindakan pejabat berkenaan yang mengeluarkan permit itu sejak dua tahun lalu.

Mereka membuat bantahan itu kerana kini setiap hari, hampir 200 buah lori yang sarat dengan muatan tanah merah berulang alik dari Kampung Relau-Pekan Sungai Kecil Hilir dan keluar ke arah Pekan Nibung Tebal, Seberang Perai Selatan.

Mereka mendakwa lori terbabit bukan sahaja membawa muatan melebihi had yang ditetapkan tetapi juga sering memecut laju menyebabkan permukaan jalan raya rosak dan berhabuk dan membahayakan bukan sahaja kenderaan lain tetapi juga keselamatan pelajar-pelajar sekolah di kawasan sekitar dan penduduk di situ.

Wakil peribadi Penyelaras Parlimen Kulim Bandar Baharu Mohd Helmy Abdul Khan berkata setakat ini empat kemalangan maut dilaporkan dengan kes terbaru berlaku pada 12 Julai yang meragut nyawa seorang remaja Mohd Mohsin Osman, 19 dari Kampung Sungai Kecil.

Ibu dan bapa mangsa, Salbiah Abd Aziz, 48 dan Osman Badaruddin, 56, hadir pada demonstrasi itu kerana tidak mahu kemalangan yang meragut nyawa anak mereka, seorang bekas pelajar Kejuruteraan Kimpalan di Pusat Latihan PERDA, Bukit Pancur, Seberang Perai Selatan menimpa penduduk di situ yang sering menggunakan jalan raya berkenaan.

Mat Khir Nayan,,43, seorang peserta Desa Keda Sungai Kechil Hilir pula berkata keadaan jalan pertanian yang dibina bersebelahan kampung tersebut kini semakin teruk kerana banyak lori mengangkut tanah merah menggunakan jalan itu.

"Sudahlah begitu, kawasan perkampungan kami di sini pun setiap kali hujan lebat, banjir kilat sering berlaku kerana kawasan bukit berhampiran telah ditarah untuk diambil tanahnya dan tiada lagi kawasan penampan air di sekitar sini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan