DBKL Catat Rekod Tersendiri Melalui Piala Dunia

Diterbitkan: Isnin, 26 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perlawanan akhir kejohanan bola sepak Piala Dunia antara Belanda dan Sepanyol membuka laluan kepada Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) untuk mencatat nama dalam Malaysia Book of Records.

DBKL mendapat tempat dalam buku itu kerana memasang skrin video terbesar di luar bangunan iaitu di Dataran Merdeka, yang menarik lebih kurang 60,000 penonton menyaksikan perlawanan berkenaan pada 12 Julai.

Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Ahmad Fuad Ismail hari ini menerima sijil bagi "Skrin Video LED Di Luar Bangunan Terbesar Untuk Menyaksikan Perlawanan Piala Dunia Di Malaysia" daripada pengasas Malaysia Book of Records Datuk Danny Ooi bagi pihak DBKL pada satu majlis di sini.

"Acara ini menghimpunkan semua bangsa di Malaysia dan menjadi memori indah bagi kami," kata Ahmad Fuad kepada pemberita. Skrin gergasi itu berukuran 21.47m panjang dan 9.20m lebar.

Pada majlis sama, Ahmad Fuad berkata Tasik Perdana akan diperindahkan lagi dengan pembinaan landskap yang dihiasi pelbagai flora dan fauna melalui projek tiga fasa dalam tempoh lima tahun.

Di samping pokok sedia ada, DBKL menanam pokok yang dibawa masuk dari Afrika dan Australia untuk menjadikan kawasan itu taman botani, katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan