Akreditasi Antarabangsa Penting Bagi Syarikat Tempatan Untuk Kompetitif

Diterbitkan: Isnin, 26 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Akreditasi oleh badan antarabangsa penting bagi syarikat tempatan terutamanya yang terlibat dalam sektor teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), untuk menjadi kompetitif di pasaran asing.

Dalam menegaskan perkara ini, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Pembangunan Multimedia Datuk Badlisham Ghazali berkata ia akan memberi faedah kepada syarikat untuk memastikan kualiti produk dan perkhidmatan mereka, menjadikan mereka terkenal dalam pasaran global.

Dengan pengiktirafan seumpama itu, beliau berkata, syarikat-syarikat boleh disenaraipendekkan bagi projek antarabangsa dan justeru itu dapat meningkatkan pendapatan dan keuntungan mereka.

"Kita perlu bersaing bukan hanya dalam negara tetapi juga di peringkat antarabangsa. Oleh itu, syarikat-syarikat perlu meningkatkan pembangunan kemahiran kakitangan mereka bagi meningkatkan tahap kecekapan," kata Badlisham kepada pemberita selepas pembukaan rasmi pejabat Malaysia APMG-International di sini, hari ini.

APMG-International adalah badan akreditasi, pensijilan dan pemeriksaan antarabangsa yang ketika ini mempunyai pejabat serantau di Australia, China, Jerman, India, Belanda, Amerika Syarikat dan United Kingdom.

Badlisham berkata 22,000 profesional telahpun mendapat faedah daripada Program Pembangunan Keupayaan MSC Malaysia sejak pengenalannya pada 2004.

Beliau berkata dalam pasaran global yang semakin kompetitif dan canggih, program itu direka bentuk untuk membantu organisasi ICT tempatan bagi memaksimumkan potensi mereka dengan mengguna pakai amalan terbaik global dan penambahbaikan proses.

Program tersebut memperkenalkan pendekatan bersistematik dalam penyediaan produk dan perkhidmatan dan menyediakan syarikat bagi fasa pertumbuhan seterusnya, katanya.

Pengurus Negara APMG-Kuala Lumpur Choong Mun Kit berkata ia komited untuk membantu organisasi menambah baik perniagaan dan proses teknologi mereka menerusi amalan terbaik seluruh dunia.

"Sebagai sebahagian daripada komitmen jangka panjang syarikat, kami membuka operasi terbaharu kami di Kuala Lumpur bagi menyediakan perkhidmatan kepada organisasi latihan yang berpangkalan di Malaysia dan juga Asia Tenggara, dan menawarkan kelayakan APMG," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan