55 Sukarelawan Termasuk 30 Doktor Pakar Sertai Misi Ke Gaza Ramadan Ini

Diterbitkan: Isnin, 26 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Seramai 55 sukarelawan, termasuk 30 doktor pakar dan pegawai perubatan daripada pelbagai bangsa, dipilih mengikuti Misi Kemanusiaan Kelab Putera 1Malaysia ke Gaza selama 13 hari pada bulan puasa ini.

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor berkata, misi yang turut disertai 10 wakil media itu, akan berlepas pada 8 Ogos ini sebagai usaha berterusan Kelab Putera 1Malaysia untuk memberi bantuan kemanusiaan kepada penduduk Palestin.

"Saya berbangga kerana misi kemanusiaan ini turut disertai oleh doktor dan pegawai perubatan pelbagai bangsa. Mereka terpanggil menyertai kerana tanggungjawab membantu mangsa peperangan dan sebagai isteri pemimpin utama negara, saya berterima kasih kepada doktor berkenaan," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas majlis taklimat dan penyampaian sumbangan misi kemanusiaan itu anjuran Kelab Putera 1Malaysia dan Persatuan Bulan Sabit Merah (PBSM) di kediamannya di sini hari ini.

Rosmah berkata, misi berkenaan menunjukkan keprihatinan dan sensitiviti rakyat di negara ini terhadap penderitaan penduduk Gaza.

Beliau berkata, 30 doktor dan pegawai perubatan daripada sektor kerajaan serta swsata itu masing-masing 10 Melayu, India dan Cina, melambangkan semangat 1Malaysia yang semakin berjaya diterima oleh semua pihak.

Sementara itu, Presiden Kelab Putera 1Malaysia, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pasukan itu terdiri daripada pakar ortopedik, pakar bedah neuro, dan pakar psikiatri. akan ditempatkan di lima hospital termasuk Al-Quds Hospital, Khan Younis, Al-Amal Hospital dan Jabaliyah Hospital.

"Kita membawa doktor pakar tempatan untuk ditempatkan di lima hospital yang dikenal pasti bagi mendidik doktor di sana terutama daripada konteks psikiatri dalam memberi penekanan dan taklimat berkaitan pesakit trauma khususnya kanak-kanak dan warga emas yang masih dalam pemikiran ketakutan," katanya.

Menurutnya, 30 doktor terbabit dipilih daripada 173 doktor yang mendaftar untuk menjadi sukarelawan bagi menyertai misi bantuan kemanusiaan.

Beliau berkata, satu laporan akan dibentangkan kepada Rosmah berhubung misi berkenaan termasuk berkaitan bantuan di sempadan Gaza dan beberapa siri bantuan susulan akan dijalankan pada masa depan.

Abdul Azeez yang mengetuai misi itu berkata, dalam misi berkenaan, bantuan ubat-ubatan, pakaian, makanan dan keperluan harian dibawa dalam suasana menyambut Ramadan yang akan dihulurkan kepada 1,000 keluarga.

Turut hadir dalam majlis itu ialah Duta Palestin ke Malaysia, Abdul Aziz Abu Ghoush dan Naib Pengerusi Kebangsaan PBSM Malaysia, Datuk Dr Bahari Abu Mansor yang juga penasihat misi berkenaan. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan