TPM Sifatkan Pembangkang Hanya Pandai Buat Janji

Diterbitkan: Ahad, 25 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, Sabtu, menyifatkan pembangkang, terutamanya di Selangor, hanya pandai berkata-kata seperti burung kakak tua, manakala kerajaan negeri itu hanya pandai membuat janji tanpa memikirkan adakah janji-janji itu mampu ditunaikan atau sebaliknya.

Beliau yang juga Timbalan Presiden Umno berkata pelbagai isu membelenggu kerajaan Selangor di bawah kepimpinan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, seperti isu pasir dan kegagalan mengurus ekonomi, dan ia membuktikan bahawa mereka hanya pandai berkata-kata.

"Ini satu keadaan yang begitu teruk. Mereka tidak mampu mengurus ekonomi negeri walaupun mereka katakan kerajaan mereka cekap, membela rakyat dan boleh membuat apa saja untuk menentukan rakyat hidup dengan selesa.

"Tetapi sebenarnya mereka hanya bercakap, cakap mereka tidak serupa bikin, cakap pihak pembangkang tak serupa bikin. Mereka pandai berkata-kata seperti burung kakak tua...dia boleh menyanyi tapi dia tidak tahu apa yang dia buat," katanya ketika berucap merasmikan Program Juara Rakyat peringkat Parlimen Wangsa Maju di Pasar Besar Gombak, Batu 5, Jalan Gombak di sini, Sabtu.

Hadir sama ialah Pengerusi Barisan Nasional (BN) Wangsa Maju Datuk Dr Mohd Shafie Abdullah dan Setiausaha Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan Datuk Syed Ali Al-Habshe.

Muhyiddin yang juga Pengerusi Badan Perhubungan Umno Wilayah Persekutuan berkata kegagalan itu memberi kesan besar kepada negara, khususnya Selangor di mana keyakinan pelabur mulai menyusut dan mula beralih arah ke tempat lain.

"Apakah boleh yakin dan percaya kepada pemimpin seperti ini. Setiap hari mereka pergi ke seluruh pelusuk negara mencaci hamun dan membuat pembohongan kepada kerajaan.

"Saya mahu supaya rakyat sedar, jangan rosakan masa depan dengan mempercayai tohmahan, tuduhan yang dibuat sedangkan mereka sendiri tidak berkemampuan dan tidak berkeupayaan dan gagal untuk menguruskan kerajaan dan tak mampu tunai apa yang dijanjikan," katanya.

Sehubungan itu beliau mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan janji-janji pembangkang di mana mereka dituntut supaya lebih bijak dalam menilai sumbangan dan perjuangan yang kerajaan BN laksanakan menerusi Umno dan parti komponen lain.

Katanya kerajaan BN dan Umno juga sudah membuktikan kepada rakyat bahawa mereka sudah berubah dan mula perbaiki kekurangan lampau, contohnya pelaksanaan Program Juara Rakyat di mana pemimpin tanpa mengira kedudukan kini turun ke bawah bagi mendekati dan memahami permasalahan rakyat.

Beliau berkata setelah menjanjikan rakyat dengan pelbagai janji-janji indah dan gagal pula dalam melaksanakannya, pembangkang mula membuat pelbagai tuduhan kepada kerajaan antaranya menuduh kerajaan BN sebagai kerajaan perkauman.

"Tetapi macam mana nak kata kerajaan BN perkauman kerana di dalamnya ada Melayu, Cina, India, Iban, Kadazan, Dusun dan pelbagai lagi, sedangkan kerajaan mereka tak ada semua itu," katanya.

Pada program itu Muhyiddin turut meluluskan peruntukan RM5 juta kepada pangsapuri Taman Melati di Wangsa Maju yang menempatkan kira-kira 10,000 penghuni bagi tujuan menaik taraf bangunan seperti mengecat dan menukar bumbung.

Timbalan Perdana Menteri bersama rombongannya turut melawat ke pangsapuri berkenaan dan meluangkan masa kira-kira setengah jam beramah mesra bersama penduduk. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 24 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Harry - Abang Lori Tenonenonet

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan