Sanusi: PAS-Umno Boleh Bersatu Jika Dilaksana Mengikut Nilai Islam

Diterbitkan: Ahad, 25 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perpaduan antara Umno dan PAS demi kepentingan Islam dan orang Melayu boleh direalisasikan sekiranya ia dilaksanakan dengan nilai-nilai Islam yang sebenar.

Bekas Setiausaha Agung Umno, Tan Sri Sanusi Junid berkata, tidak mustahil kedua-dua parti berkenaan kembali menjalinkan kerjasama seperti yang pernah berlaku pada tahun 1969 apabila PAS menyertai Barisan Nasional (BN) demi survival Melayu.

"Kali ini jika ingin buat kerjasama lagi, ia mestilah bersandarkan kepada nilai-nilai Islam...waktu dulu (1969) tak ada perhitungan mengenai Islam dibuat, tidak dibincangkan mengenai kedudukan Islam, penyatuan pada ketika itu berlaku selepas peristiwa 13 Mei dan ia semata-mata mengenai survival Melayu.

"Selain itu kedua-dua pihak jangan sesekali keluarkan kata-kata kesat... sebab kalau keluar perkataan-perkataan yang kesat ia akan mengguris hati dan kebiasaannya bila sampai memalukan, kita akan buat keputusan diluar perhitungan normal," katanya kepada pemberita pada sidang media selepas merasmikan Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Peringkat Parlimen Wilayah Persekutuan di Batu Cave pada Ahad.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai cadangan supaya Umno dan PAS berkerjasama bagi mengelakkan kuasa orang Melayu hilang selepas pilihan raya umum akan datang.

Sebelum ini, Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria turut mengakui didatangi oleh beberapa pemimpin parti politik yang meminta pandangan beliau berhubung usaha menyatupadukan PAS dan Umno ke arah melihat umat Islam dan orang Melayu bersatu.

Mengulas lanjut, vateran Umno itu berkata, beliau melihat golongan muda dalam PAS lebih bersikap terbuka dalam soal perpaduan ini demi kepentingan orang Melayu.

"Ini mungkin disebabkan mereka tak pernah terlibat semasa PAS sertai BN dahulu, pemikiran mereka tidak tercemar dengan sejarah," katanya.

Bagaimanapun menurut Sanusi, terdapat dua kelompok dalam PAS yang dilihat cuba menggagalkan usaha penyatuan Umno-PAS.

"Satu kelompok ini ialah yang pernah terlibat semasa PAS sertai BN, mereka ini barangkali terkilan dengan kemasukan parti mereka ke dalam BN.

"Manakala satu kelompok lagi ialah penyokong PKR (Parti Keadilan Rakyat) yang ada dalam PAS, mereka ini sedang tunggu isyarat (untuk bertindak) daripada pemimpin PKR (sekiranya kerjasama berlaku)," katanya.

Dalam pada itu, di majlis yang sama, Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali turut mengumumkan pelantikan Sanusi sebagai penasihat pertubuhan bukan kerajaan itu.

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan