Samsudin Osman Dilantik PRO Canselor UMT

Diterbitkan: Ahad, 25 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA TERENGGANU : Bekas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Samsudin Osman dilantik sebagai Pro Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT) yang pertama berkuatkuasa 1 Feb tahun ini.

Pelantikan telah diperkenankan oleh Canselor UMT Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah pada majlis Konvokesyen Kali Kelapan yang berlangsung di Dewan Sultan Mizan UMT, Ahad.

Shamsuddin, 63, yang juga presiden Perbadanan Putrajaya, akan memegang jawatan tersebut sehingga 31 Jan 2013.

UMT turut menganugerahkan Profesor Emeritus kepada bekas Naib Canselor UMT Prof Dr Sulaiman Md Yassin sebagai tanda penghargaan kerana berjaya memacu universiti berkenaan mencapai visi dan misi yang ditetapkan.

Seramai 1,577 graduan terdiri daripada tujuh penerima ijazah Doktor Falsafah, Sarjana Sains (54), Sarjana Pengurusan (13) dan Sarjana Muda (1,421) menerima ijazah masing-masing pada konvokesyen kali ini, manakala 82 graduan lagi menerima diploma pengajian masing-masing pada majlis itu. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan