Perpaduan Umno-PAS Menguntungkan Rakyat - Ahmad Maslan

Diterbitkan: Ahad, 25 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

BUTTERWORTH: Perpaduan antara Umno dan PAS bukan sahaja menguntungkan orang Melayu tetapi turut memberi manfaat kepada semua kaum di negara ini, kata Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan.

"Semua rakyat akan mendapat keuntungan daripada perpaduan antara Umno dan PAS kerana kalau kaum Melayu asyik berbalah ia tidak akan menguntungkan sesiapa malah ekonomi negara akan menjadi teruk serta mundur.

"Tetapi jika orang melayu bersatu dan berhenti bergaduh sesama sendiri pastinya mereka boleh menumpukan kepada pembangunan ekonomi yang mampu menguntungkan negara dan rakyat," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Juara Rakyat Umno bahagian Bagan, di sini Ahad.

Ahmad yang juga Ketua Penerangan Umno berkata semua parti komponen Barisan Nasional (BN) tidak mempunyai masalah sekiranya Umno dan PAS menjalinkan perpaduan.

"Mereka tidak pernah membantah kerana ia juga turut menguntungkan mereka dan jika BN kuat ia sudah pasti memberi faedah kepada parti-parti komponen dalam BN.

"Setahu saya sekarang ini Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP saja yang tidak boleh menerima perpaduan itu kerana bimbang Umno dan PAS bersatu," kata beliau.

Sementara itu Ahmad berkata Program Juara Rakyat yang dianjurkan Umno setiap bahagian telah berjaya mencapai matlamat dan berlangsung dengan jayanya.

"Selepas tujuh bulan dijalankan kita dapat lihat rakyat telah dapat menerima program ini dan menerima Umno dengan baik dan mereka juga bersama-sama menjayakannya," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 23 November 2017 11:18 PM

Fazura Sah Tunangan Fattah Amin

Khamis, 23 November 2017 7:36 PM

Alahai KTM! Bila Isu Tren Tergelincir Nak Selesai?

Khamis, 23 November 2017 4:00 PM

Tatang Bagai Puteri, Tapi Ini Jadinya - Harris Baba

Khamis, 23 November 2017 3:45 PM

Tak Perlu 'FB Live' Anak Berjaya UPSR - Prof Muhaya

Khamis, 23 November 2017 2:32 PM

Bayar 'Ciput', Lepak Sampai Puas

Khamis, 23 November 2017 9:00 AM

Lagu Tak Layak, Ayda Jebat Sekadar Nak Tahu Punca

Rabu, 22 November 2017 7:00 PM

"Saya Sedih, Kecewa Dengan Nabil" - Chef Wan

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Kolumnis

iklan

Iklan