Kekanda Sultan Kelantan Mohon Isu Istana Tidak Dibincang Dalam Akhbar

Diterbitkan: Ahad, 25 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BAHARU: Kekanda Sultan Kelantan, Datuk Tengku Rozan Sultan Yahya Petra hari ini meminta semua pihak terutama keluarga diraja itu agar tidak lagi mengeluarkan kenyataan berhubung isu Istana Kelantan sehingga dibincangkan di dalam media.

Dalam satu kenyataan di sini hari ini, Tengku Rozan yang juga Ahli Majlis Perajaan Negeri dan Ahli Majlis Penasihat Raja Kelantan meminta supaya anggota keluarga diraja itu tidak lagi menghebahkan sebarang isu melalui media.

Beliau berkata demikian sebagai merujuk kenyataan kekandanya Datuk Tengku Merjan menerusi media semalam yang mendakwa Pengelola Istana Diraja Datuk Abdul Halim Hamad itu berbohong apabila menyatakan telah menghadap Sultan Kelantan Tuanku Ismail Petra beberapa kali di sini dan ketika dirawat di Singapura baru-baru ini.

Tengku Rozan dalam kenyataannya juga berharap Tengku Merjan tidak mencampuri urusan pentadbiran Pejabat Sultan kerana setiap pegawai terpaksa mengikut peraturan dalam menjalankan tugas dengan Pengelola Istana sebagai Ketua Pejabat dan menjalankan titah.

"Urusan keluarga tidak patut dicampur adukkan dengan urusan pejabat. Hormatilah Tuanku Sultan yang sedang gering dan pentadbiran negeri perlu berjalan seperti biasa di bawah Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan Tengku Muhammad Faris Petra.

"Kita berdoalah kepada Allah agar diberi petunjuk dan jalan yang lurus untuk kita selesaikan masalah keluarga ini," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 26 September 2017 7:16 AM

Inilah Fesyen Artis Sempena FFM29

Isnin, 25 September 2017 2:24 PM

Bersama Abby Adalah Momen Indah - Memey

Isnin, 25 September 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nadia Brian Bawa 'Beg Doraemon'

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Kolumnis

iklan

Iklan