Input Dari Bukan Kumpulan Fokus Akan Turut Diminta Bagi Bajet 2011

Diterbitkan: Ahad, 25 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

IPOH: Kementerian Kewangan akan mengadakan perjumpaan dengan peneraju pelbagai industri untuk mendapatkan maklumat tambahan bagi memperkemas Bajet 2011, kata Menteri Kewangan Kedua Datuk Seri Ahmad Husni Hanadzlah. Katanya peneraju yang terlibat adalah daripada kumpulan yang tidak terbabit dalam kumpulan fokus yang ditubuhkan khusus bagi menjalankan kajian penyediaan belanjawan sebelum ini.

Beliau berkata pihaknya dalam proses akhir untuk menyelesaikan perbincangan dengan kumpulan fokus dan kini berusaha mengenal pasti kumpulan lain yang tidak terlibat di dalam kumpulan ini yang merupakan peneraju-peneraju utama dalam pelbagai industri, untuk mendapatkan lebih banyak maklumat.

"Ini kerana dalam Bajet 2011 itu nanti, sektor swasta akan turut memainkan peranan penting dalam memacu perkembangan ekonomi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mini Stadium 1Malaysia Chemor bernilai RM900,000 yang dibina oleh Majlis Bandaraya Ipoh dengan peruntukan daripada Jabatan Perdana Menteri, di sini.

Kumpulan fokus merupakan mekanisma yang akan membincangkan beberapa bidang utama seperti pelaburan swasta, pembangunan modal insan, kreativiti dan inovasi, perusahaan kecil, sederhana dan mikro serta pembangunan keterangkuman.

Selepas mempengerusikan mesyuarat pertama kumpulan fokus bulan lepas, Ahmad Husni dilaporkan berkata antara fokus perbincangan ialah untuk mempercepatkan pelaburan swasta kerana ia merupakan faktor utama untuk memacu ekonomi ke arah mencapai pertumbuhan tahunan enam peratus semasa pelaksanaan Rancangan Malaysia Kesepuluh (RMK10).

Sementara itu Ahmad Husni berkata, penubuhan unit khas yang dikenali sebagai Unit Inovasi Khas (Unik) di bawah Pejabat Perdana Menteri minggu lalu akan memastikan strategi dan dasar yang dibentuk dapat dilaksanakan dengan berkesan.

Menurutnya Unik merupakan sebuah unit kecil yang akan disertai oleh profesional dari sektor awam dan swasta, yang bertanggung jawab untuk membentuk satu eko-sistem yang kondusif bagi memacu pertumbuhan inovasi di dalam negara. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan