Hasan Akui Temui Mufti Perak, Tetapi Tiada Agenda Sulit

Diterbitkan: Ahad, 25 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Pesuruhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hasan Mohamed Ali mengakui mengadakan pertemuan dengan Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria bagi memperolehi kebaikan bersama demi kemajuan dan kesejahteraan umat Islam.

Beliau bagaimanapun menafikan dakwaan kononnya pertemuan itu ada kaitan dengan isu perpaduan antara Umno-PAS.

"Pertemuan yang diadakan dua bulan lepas itu tidak ada agenda sulit, malah diadakan secara terbuka di tempat yang terbuka bagi pihak kerajaan negeri Selangor atas kedudukan saya sebagai anggota exco yang menjaga hal ehwal Islam dan adat Melayu.

"Saya tidak pernah diberi mandat oleh parti saya untuk membincangkan hal-hal politik perpaduan (dalam pertemuan itu). Oleh itu tidak ada agenda khusus membincangkan soal itu," katanya dalam satu kenyataan, Sabtu, sebagai mengulas dakwaan yang mengatakan beliau ada bertemu dengan Harussani.

Harussani baru-baru ini berkata beliau bersedia membantu ke arah menyatukan umat Islam dan orang Melayu selepas didatangi oleh beberapa pemimpin yang meminta pandangan beliau berhubung cara menyatupadukan PAS dan Umno.

Hasan berkata pertemuan dengan Harussani diadakan sehari sebelum Mesyuarat Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Islam yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Katanya beliau diminta mewakili kerajaan negeri dalam mesyuarat itu dan menjadikan pertemuan itu sebagai sebahagian daripada persediaannya menghadiri mesyuarat itu.

"Pertemuan seperti ini diatur bagi meningkatkan keupayaan, kemampuan, prestasi serta profesionalisme exco. Dengan cara ini, sistem pengurusan dan pembangunan negeri akan dapat ditingkatkan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Jumaat, 15 September 2017 2:00 PM

Cassidy Malu Cakap Melayu?

Jumaat, 15 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Payslip - Semangat Yang Hilang

Khamis, 14 September 2017 4:00 PM

Farida Jalal Mahu Lebih Kolaborasi Malaysia-Bollywood

Khamis, 14 September 2017 9:00 AM

Faye Kusairi Menangis Tonton Diri Sendiri

Kolumnis

iklan

Iklan