Amaran Angin Kencang Dan Laut Bergelora

Diterbitkan: Ahad, 25 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Angin kencang Barat atau Barat Daya dan laut bergelora kategori kedua dijangka berterusan di perairan Phuket sehingga Khamis ini.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan di sini hari ini berkata keadaan angin berkelajuan 50 hingga 60km sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5 meter itu berbahaya kepada aktiviti perkapalan dan pantai termasuk menangkap ikan dan perkhidmatan feri.

Amaran angin kencang dan laut bergelora kategori pertama dengan kelajuan 40 hingga 50km sejam dan ombak ketinggian sehingga 3.5 meter pula dijangka berterusan melanda perairan perairan Perlis, Langkawi, Kedah, Pulau Pinang, Samui, Condore, Reef North, Layang-Layang dan Palawan sehingga Rabu ini.

Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu adalah berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan