Persatuan Serah Memorandum Mengenai Isu Pasir Kepada Sultan Selangor

Diterbitkan: Sabtu, 24 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

SHAH ALAM: Jawatankuasa Bertindak Pengusaha-Pengusaha Pasir Melayu Selangor (JBPPPMS) hari ini menyerahkan memorandum kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi meminta bantuan baginda menyelesaikan kemelut isu pasir dan masalah yang dihadapi pengusaha pasir Melayu di Selangor.

Pengerusi JBPPPMS Tengku Datuk Shaiffuliazan Tengku Zainal Abidin, berkata memorandum dua muka surat itu diserahkan kepada Tengku Besar Putera Selangor, Tengku Ismail Shah Sultan Hishamuddin Alam Shah untuk disampaikan kepada Sultan Selangor.

"Antara kandungan memorandum yang diserahkan kepada Tuanku termasuklah isu mengenai bayaran royalti tinggi yang dikenakan Kumpulan Semesta Sdn Bhd kepada pengusaha pasir kerana jumlah royalti yang dibayar pada masa sekarang adalah sebanyak RM6 berbanding RM3 pada sebelumnya.

"Ia juga turut menyatakan kekesalan pengusaha pasir berikutan terdapat beberapa bidang tanah persendirian yang juga ditakrif sebagai tanah rizab Melayu diceroboh oleh pihak tertentu yang mempuyai kepentingan dalam industri pasir ini," katanya pada sidang media di Kelab Shah Alam, Jumaat.

Sementara itu, katanya ahli JBPPPMS mahu mengadakan satu pertemuan dengan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dalam masa terdekat untuk menerangkan perkara sebenar yang dihadapi mereka.

"Kami rasa beliau (Khalid) tidak dibekalkan dengan maklumat yang betul dan tepat kerana terdapat kenyataan yang dikeluarkannya bertentangan dengan apa yang kami maklum (tentang isu pasir)," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan