Jakim Segerakan Kelulusan Sijil Halal Pengusaha Hotel Pohon Sebelum Ramadan

Diterbitkan: Sabtu, 24 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)akan mempercepatkan proses permohonan sijil halal pada kalangan pengusaha hotel yang berbuat demikian sebelum bulan Ramadan bermula.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz berkata langkah itu bagi menggalakkan lebih ramai pengusaha hotel di negara ini berbuat demikian sama ada menerusi Jakim atau jabatan agama Islam negeri.

"Memandangkan bulan Ramadan tidak lama lagi, pasti banyak majlis berbuka puasa akan diadakan di hotel. Jakim akan menyediakan pegawai khusus untuk memproses permohonan sijil halal itu tanpa perlu mengikut giliran," katanya kepada pemberita, di sini, Jumaat.

Beliau berkata, sehingga kini hanya 64 hotel di seluruh negara yang mempunyai Sijil Halal Malaysia.

Sehubungan itu juga, Wan Mohamad berkata, Jakim bersama Perbadanan Pembangunan Industri Halal dan Persatuan Hotel Malaysia kini giat menganjurkan kursus kesedaran pada kalangan pengusaha hotel.

"Melalui kerjasama ini pengusaha hotel diharap akan memandang serius mengenai perkara itu," katanya.

Mengulas isu berlainan, Wan Mohamad berkata menjelang Ramadan ini juga Jakim telah menerbitkan tiga risalah dalam bahasa Khmer iaitu 'Panduan Bertayammum Wuduk dan Solat bagi Pesakit', Panduan Berpuasa bagi Pesakit', dan 'Panduan Berpuasa Ramadan', untuk diedar kepada komuniti Islam di Kemboja.

"Sebanyak 2,000 risalah dicetak setiap satu dan akan diedarkan secara percuma. Selepas ini Jakim bercadang untuk menerbitkan risalah untuk diedarkan kepada komuniti Islam di Vietnam pula," katanya.- BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan