Beberapa Ahli MIC Tidak Setuju Dengan Penyertaan Murugiah, Kata Palanivel

Diterbitkan: Sabtu, 24 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Presiden MIC Datuk G. Palanivel berkata beliau sedar ada sebilangan ahli parti di peringkat akar umbi tidak menyenangi langkah parti itu menerima keahlian Senator T. Murugiah.

"Adalah biasa bagi mana-mana ahli memberi reaksi sama ada bersetuju atau membantah langkah seperti ini," kata Timbalan Menteri Perusahaan, Perladangan dan Komoditi itu kepada pemberita selepas melawat Ladang Coalfield, Sungai Buloh, dekat sini, Jumaat.

Palanivel, bagaimanapun, enggan mengulas lanjut apabila ditanya mengenai keputusan mesyuarat Jawatankuasa Kerja Pusat (CWC) MIC semalam yang menerima permohonan keahlian Murugiah, yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Murugiah, yang dipecat oleh Parti Progresif Penduduk (PPP) selepas tidak sehaluan dengan presiden Datuk M. Kayveas, telah memohon menyertai MIC.

Mengenai lawatannya ke ladang itu, Palanivel berkata beliau akan membangkitkan masalah pekerja itu dengan pemilik ladang, Kuala Lumpur-Kepong Berhad (KLK) dan cuba membantu mencari penyelesaian. Katanya 54 buah keluarga, yang generasi mereka tinggal di ladang tersebut lebih 100 tahun, mahu kekal di ladang itu tetapi dengan kemudahan perumahan yang lebih selesa.

Sebelum ini, lebih 80 peratus daripada 147 penduduk di ladang itu bersetuju untuk berpindah ke rumah baru dengan ditawarkan harga RM35,000 seunit berbanding harga sebenar RM42,000.

Mereka yang enggan mengambil tawaran itu mendakwa majikan telah mengarahkan mereka berpindah tanpa pampasan dan rumah yang diperuntukkan kepada mereka adalah terlalu kecil dan lokasinya tidak sesuai. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan