Tuduhan Guan Eng Terhadap Nik Ali Melampau - KSN

Diterbitkan: Khamis, 22 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Ketua Setiausaha Negara (KSN) Tan Sri Mohd Sidek Hassan mempertahankan Pegawai Pembangunan Negeri Pulau Pinang Nik Ali Mat Yunus dan menyifatkan kenyataan berupa tuduhan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng terhadap Nik Ali sebagai melampau.

Mohd Sidek berkata, Guan Eng sebagai Ketua Menteri tidak sepatutnya melemparkan kenyataan terbuka kepada seorang Pegawai Persekutuan yang berkhidmat di negeri berkenaan.

Beliau yang juga Setiausaha Jemaah Menteri, berkata Jemaah Menteri dalam mesyuaratnya hari ini memberi perhatian yang serius atas kenyataan berupa tuduhan oleh Ketua Menteri itu terhadap Nik Ali khususnya mengenai isu curi pasir di Balik Pulau, perobohan Pintu Gerbang Taman Botani Pulau Pinang dan dakwaan tiada tempat duduk disediakan untuk Ketua Menteri Pulau Pinang semasa majlis pelancaran projek Kereta Api Bukit Bendera.

"Tiga isu berbangkit tersebut yang Nik Ali Mat Yunus telah dipersalahkan oleh Ketua Menteri Pulau Pinang bukanlah perkara-perkara di bawah bidang kuasa pegawai berkenaan sebagai Pegawai Pembangunan Negeri," kata Mohd Sidek dalam kenyataan di sini.

Beliau berkata Ketua Menteri Pulau Pinang sepatutnya mematuhi prosedur yang betul dengan menyalurkan aduan mengenai isu-isu tersebut kepada jabatan atau agensi yang berkenaan.

Laporan berita sebelum ini menyebut, ketegangan antara Guan Eng dan Nik Ali timbul apabila Ketua Menteri tersebut didakwa beberapa kali mengeluarkan kenyataan menyerang pegawai terbabit.

Antaranya Guan Eng dikatakan mendakwa pegawai berkenaan sebagai "tidak profesional, tidak kompeten, pengecut dan patut dipecat" berhubung isu curi pasir di Balik Pulau.

Ketua Menteri itu juga didakwa telah mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Nik Ali ketika majlis pelancaran projek Kereta Api Bukit Bendera dengan menuduh tidak disediakan tempat duduk untuknya.

Guan Eng juga didakwa menyalahkan Nik Ali berhubung keputusan Kerajaan Pusat merobohkan dua pintu gerbang Taman Botani Pulau Pinang dengan menuduhnya membazirkan wang kerajaan sedangkan projek itu dilaksanakan agensi kerajaan negeri iaitu Jabatan Pengairan Saliran dan Jabatan Taman Botani.

Dakwaan Guan Eng itu menyebabkan Nik Ali tampil membuat kenyataan dalam media untuk mengkritik Ketua Menteri berkenaan dengan menyifatkannya sebagai biadab manakala tindakannya menyerang Pegawai Pembangunan Negeri itu telah merendahkan statusnya sebagai Ketua Menteri. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Kolumnis

iklan

Iklan