Malaysia Boleh Jadi Salah Satu hab Utama dunia Minyak, Gas Laut Dalam - Muhyiddin

Diterbitkan: Khamis, 22 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

LABUAN: Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Malaysia boleh menjadi hab utama bagi minyak dan gas laut dalam di dunia selepas Houston, Rio De Janeiro dan Aberdeen, jika dilakukan dengan betul.

Timbalan Perdana Menteri berkata, jelas sekali, era pengeluaran minyak yang mudah telah berlalu dan eksplorasi serta pengeluaran minyak dan gas ke laut lebih dalam akan mulai meningkat, yang mendatangkan cabaran dan juga peluang-peluang baharu. "Permintaan perkhidmatan kejuruteraan dan sokongan untuk akses ke perairan ini di Asia Pasifik, khususnya di Laut China Selatan, telah meningkat kukuh sepanjang dua hingga tiga tahun yang lepas."

"Malaysia perlu tangkas bertindak terhadap keperluan faktor baharu ini," katanya pada majlis menandatangani perjanjian persefahaman (MoU) antara Asia Supply Base Sdn Bhd (ASB) dan Labuan Shipyard and Engineering Sdn Bhd (LSE) di sini, Khamis.

Bagaimanapun, Muhyiddin mengingatkan bahawa tetingkap kesempatan itu tidak sentiasa terbuka dan sekali gus kapasiti dan kemampuan merupakan intipati jika tidak penting bagi Malaysia memanfaatkan pembinaan aset minyak dan gas yang ada.

Beliau berkata ASB dan LSE di Labuan kedua-duanya secara kebetulan sesuai dan terletak secara strategik berdekatan dengan aktiviti minyak dan gas, yang berada paling dekat kira-kira 200 batu nautikal dari medan minyak dan gas di luar perairan Malaysia di sebelah timur.

ASB merupakan pusat sokongan logistik berpusat sehenti yang disediakan untuk keperluan eksplorasi minyak dan gas, aktiviti pembangunan dan pengeluaran.

Sementara itu, LSE mempunyai rekod pencapaian yang terbukti dalam kejuruteraan minyak dan gas, fabrikasi, pembinaan kapal, pembaikan kapal dan membina tongkang kuasa.

MoU antara ASB, entiti milik penuh kerajaan Sabah dengan LSE yang disaksikan oleh Muhyiddin itu bertujuan menjadikan Labuah sebagai hab bagi minyak dan gas sebagai penyumbang positif kepada ekonomi Sabah.

Menerusi MoU itu, ASB dan LSE akan menawarkan kemampuan dan kemudahan masing-masing sebagai firma yang mantap dalam kepakaran masing-masing, seperti logistik dan kejuruteraan fabrikasi, sambil memastikan firma masing-masing aktif dalam pembangunan industri minyak dan gas di Sabah.

Menurut Muhyiddin, lokasi sahaja tidak boleh menjadikan hab minyak dan gas rantau itu sebagai hab yang berjaya, sambil menyatakan bahawa hari ini, peserta minyak dan gas menuntut satu tempat urusan sehenti yang efisien dengan kemudahan perkhidmatan bersepadu yang lengkap, gudang, bengkel dan juga limbungan penyelenggaraan dan yad fabrikasi.

"Sebagai contoh, hab minyak dan gas pesaing kita di Singapura mendapat manfaat begitu banyak daripada sebuah lokasi biografi dan hubungan berpusat.

"Yang lebih penting, mereka berjaya memanfaatkan kewujudkan ekosistem minyak dan gas yang komprehensif, merangkumi keseluruh spektrum pengendali, pengeluar peralatan khusus, penyedia perkhidmatan dan syarikat kejuruteraan luar pesisir, katanya.

Sementara itu, Muhyiddin berkata, Sabah khususnya, telah menampakkan potensi yang kukuh dalam perniagaan minyak dan gas di mana penemuan minyak dan gas baru-baru ini di medan laut dalam Dumusut/Kakap, Malikai, Jangas, Ubah Crest, Pisangan dan Kamunsu di luar perairan negeri itu, yang kini sedang dibangun dan dijangka memulakan pengeluaran antara 2011 dan 2015.

Beliau berkata medan laut dalam Kikeh, pembangunan luar pesisir laut dalam pertama negara, malah telahpun memulakan pengeluaran pada Ogos 2007.

"Ini merupakan blok luar pesisir laut dalam yang besar, digabungkan dengan kluster medan gas Kebabangan, Terminal Minyak dan Gas Sabah (SOGT) dan projek talian paip Sarawak-Sabah yang telah siap, akan meletakkan Labuan dan Sabah sebagai hab minyak dan gas utama negara dan kemungkinan di rantau ini," katanya.

Muhyiddin berkata untuk mendahului dalam arena marin dan luar pesisir global, industri marin dan industri luar pesisir Labuan juga mesti secara berterusan meningkatkan kelebihan persaingan.

Katanya kos kompetitif dan persekitaran yang mesra perniagaan yang efisien, dengan infrastruktur kukuh dan industri sokongan komprehensif adalah faktor kejayaan yang penting untuk membawa masuk pelabur.

"Sementara kos dan keefisienan adalah faktor penting bagi kejayaan jangka pendik dan sederhana, jangka panjang utama untuk Labuah menjadi hab minyak dan gas yang berjaya ialah kewujudan barisan tenaga kerja yang berkemahiran tinggi dan produktif berasaskan kejuruteraan yang mantap," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan