Berbeza Pendekatan Bongkar Isu Pasir Satu Strategi - Noh

Diterbitkan: Khamis, 22 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar berkata beliau mempunyai strategi berlainan dengan bekas Menteri Besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dalam membongkar aktiviti perlombongan pasir tidak terkawal di negeri itu.

"Apabila tengok kenyataan kami berdua memang tidak sama, Dr Khir lebih kepada on the ground (lawatan) dan saya pula lebih kepada pendedahan dalaman bagaimana penyelewengan kroni wujud kerana saya mendapat maklumat dalaman," katanya kepada pemberita di sini pada Khamis.

Noh berkata pembangkang sengaja hendak mengalihkan isu berkenaan dengan mendakwa kononnya beliau dan Khir tidak bersatu menangani isu pasir.

"Kita kini mempunyai strategi yang berbeza dengan tidak seorang sahaja yang bercakap," katanya.

Noh berkata Barisan Nasional (BN) negeri Selangor tekad untuk bersatu hati untuk membuka mata rakyat tentang kelemahan kerajaan negeri Selangor yang mengandungi pakatan Parti Keadilan Rakyat, Pas dan DAP.

Beliau berkata 18 ceramah akan diadakan untuk menerangkan kepada penduduk Selangor berhubung isu pasir dalam tempoh tiga minggu ini.

Noh juga berkata pelabur akan meninggalkan Selangor apabila negeri itu menghadapi masalah bekalan air yang mencukupi.

Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas) telah memberi amaran bahawa bekalan air di Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya kini tidak mencukupi dan keadaan itu amat membimbangkan.

Semalam, Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Peter Chin Fah Kui berkata kenyataan Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim bahawa bekalan air bagi Selangor mencukupi sehingga 2019, adalah tidak tepat dan sangat mengelirukan pengguna. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 21 November 2017 5:42 PM

Apa Terjadi Dengan Wartawan mStar?

Selasa, 21 November 2017 2:13 PM

Selepas Setahun Amira Othman 'Tidur'

Selasa, 21 November 2017 9:00 AM

Kenali Siapa Penyanyi Lagu 'Bismillah'

Isnin, 20 November 2017 7:37 PM

Pakatan Dalam Misteri - Tun M

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Kolumnis

iklan

Iklan