Anuar Shaari Gesa Peguam Isytihar Harta

Diterbitkan: Khamis, 22 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Bekas Setiausaha Sulit Datuk Seri Anwar Ibrahim, Anuar Shaari hari ini menggesa peguam yang mewakili penyiasat persendirian, P. Balasubramaniam mendedahkan hubungan mereka dengan Ketua Pembangkang itu.

Anuar Shaari yang juga seorang ahli perniagaan menggesa Manjeet Singh Dillon, Amarjit Singh dan Americk Singh mengisytiharkan jumlah wang yang telah dibayar oleh Anwar untuk membiayai kos guaman Balasubramaniam.

“Saya menyeru ketiga-tiga peguam ini segera mengisytiharkan pendapatan mereka kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Jabatan Kastam Diraja Malaysia bagi mengetahui dari mana pendapatan mereka diperoleh.

“Jika perkara ini gagal dilaksanakan ia akan menimbulkan tanda tanya dari mana mereka memperoleh wang yang banyak untuk membela Balasubramaniam serta kaitan mereka dengan Anwar,” katanya pada sidang media di Hotel De Palma pada Khamis.

Anuar berkata, seperti yang diketahui, Balasubramaniam tidak mampu membiayai kos penginapannya di London serta kos undang-undang untuk merekodkan kenyataannya kepada pihak berkuasa Perancis.

Ketika ditanya sama ada beliau mempunyai bukti yang menunjukkan hubungan ketiga-tiga peguam berkenaan dengan Ketua Umum Pakatan Rakyat, Anuar berkata beliau tidak mempunyai bukti namun dia ada sedikit petunjuk mengenainya.

“Saya tidak ada bukti, tapi saya ada beberapa petunjuk,” katanya.

Tegas Anuar, beliau akan mengemukakan petunjuk berkenaan kepada pihak berkuasa sekiranya tidak mendapat sebarang maklum balas daripada ketiga-tiga peguam berkenaan.

Balasubramaniam yang juga bekas detektif di Jabatan Cawangan Khas Polis Diraja Malaysia telah meninggalkan Malaysia pada 2008 selepas membuat dua pengakuan bersumpah mengenai kematian meodel Mongolia, Altantu Shaariibuu.

iklan

Video

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Kolumnis

iklan

Iklan