1Malaysia Juga Mengenai Usaha Kukuh Perpaduan Dan Integrasi Nasional - Najib

Diterbitkan: Khamis, 22 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

MIRI: Konsep gagasan 1Malaysia juga mengenai usaha mengukuhkan perpaduan dan integrasi nasional, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Najib berkata beliau telah begitu lama berfikir berhubung usaha bagi memupuk perpaduan dan integrasi nasional di kalangan penduduk negara ini yang terdiri daripada pelbagai etnik.

"Kepelbagaian etnik boleh menjadi satu kekuatan. Sebaliknya, ia boleh menjadi masalah besar jika kita memilih untuk melihat kepada perbezaan bangsa, agama dan budaya," katanya pada majlis pemimpin bertemu rakyat di bandar Bekenu dekat sini, pada Khamis.

"Jika kita melihat sesuatu perkara secara positif, kita boleh menjadi serasi di antara satu sama lain. Semuanya bergantung kepada pemikiran kita.

"Dan jika kita menegakkan prinsip 1Malaysia, kita boleh hidup berdampingan dengan serasi dan kita boleh menjadi kukuh," katanya.

Najib berkata ini merupakan sebab pentadbiran negara merupakan adunan prinsip keadilan sosial dan meritokrasi dan pertimbangan yang lain disamping melaksanakan dasar bagi manfaat rakyat.

"Kita bernasib baik telah berjaya. Contoh terbaik boleh didapati dalam pemberian biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) di mana kita memberi berdasarkan prinsip meritokrasi dan keadilan sosial," katanya.

Mengenai prinsip merit, beliau berkata kerajaan telah memberikan biasiswa kepada semua pelajar yang mendapat keputusan 9A dan ke atas untuk melanjutkan pengajian di universiti luar negara dan tempatan tanpa mengira bangsa atau agama mereka.

"Tapi, pada masa yang sama, kita juga perlu membantu mereka yang datang dari kumpulan yang tidak bernasib baik disebabkan keadaan persekitaran dan faktor lain.

"Tidak mungkin bagi seorang pelajar dari Long Banga di pedalaman Baram di Miri mampu bersaing dengan seorang rakan pelajar, katakanlah dari sekolah Bukit Kenny (Bukit Tunku) di Kuala Lumpur," katanya.

Beliau berkata jika kerajaan membuat keputusan semata-mata berdasarkan meritokrasi, pelajar dari Long Banga atau kawasan pedalaman yang terpencil di Sarawak tidak mungkin boleh menjadi seorang graduan dan berjaya.

Rakyat Malaysia, katanya, mesti sedar betapa pentingnya bagi mereka untuk mempunyai sebuah kerajaan yang menghargai dan mengiktiraf faktor-faktor ini.

Dalam perkembangan lain, Najib berkata bagi melaksanakan dasar dan projek pembangunan, prinsip-prinsip sedemikian juga amat berguna bagi kerajaan.

"Penduduk di Sabah dan Sarawak mempunyai keutamaan yang berbeza berbanding mereka yang tinggal di Putrajaya atau Lembah Klang. Ini kita mesti terima," katanya.

Najib juga berkata kerajaan melalui pengurusan sumber dan dana yang cekap, ia telah dapat menghadapi cabaran krisis kewangan global.

Sehubungan itu, beliau memberi jaminan bahawa kerajaan akan meneruskan usaha melaksanakan projek pembangunan di Sabah dan Sarawak bagi membolehkan mereka bersaing dengan negeri-negeri yang lain.

Pada majlis itu, Najib mengumumkan projek berjumlah RM22.63 juta bagi Bakenu dan kawasan berdekatan yang lain.

Ia termasuk RM14.5 juta bagi membina lima jambatan konkrit dan menurap jalan sepanjang 16 kilometer jalan di Sai, membina dua jambatan besi di Kampung Lajong di Niah dan di Muara Sibuti berjumlah RM2.53 juta, tiga projek perumahan kos rendah dengan kos RM5.6 juta di Kampung Mejalin, Kampung Ranchak Ranchak dan di Sepupok di Niah.

Najib juga mengumumkan geran RM100,000, masing-masing bagi pembinaan Rumah Arau (kediaman sementara bagi ibu-ibu dan pelajar prasekolah) di Subis dan Sebauh. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan