UUM Minta Penjelasan Kenapa Rankingnya Tidak Cemerlang

Diterbitkan: Rabu, 21 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

ALOR SETAR: Belum pernah berlaku sebuah Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) mempertikaikan keputusan Agensi Kelayakan Malaysia (MQA)tetapi Universiti Utara Malaysia (UUM) telah tampil ke hadapan meminta MQA menjelaskan mengapakah universiti itu berada pada tahap yang kurang memberangsangkan di dalam ranking Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi (Setara)baru-baru ini.

Naib Canselornya yang baru, Profesor Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata, penjelasan secara terperinci perlu diberikan bagi mengelakkan persepsi kurang baik terhadap universiti berkenaan kerana ia tidak berada pada tahap yang sama dengan IPTA terkemuka lain sebaiknya dilihat seolah-olah setaraf dengan institusi pengajian tinggi (IPT) yang baru ditubuhkan.

"Pihak universiti rasa ada beberapa penjelasan perlu dibuat oleh MQA kerana ia tidak menggambarkan situasi sebenar dan ada isu perlu dijelaskan.

"Menurut MQA, ranking kita jatuh tapi sebenarnya tidak dan ia boleh menjejaskan persepsi masyarakat terhadap universiti ini," katanya kepada pemberita di sini malam tadi.

Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah mengumumkan baru-baru ini senarai terbaru ranking IPT bagi tahun ini yang menyaksikan tujuh IPTA dan 11 IPTS menerima pengiktirafan cemerlang atau di peringkat tier lima menerusi penarafan yang dikendalikan oleh MQA.

Menurut keputusan Setara 2009, UUM cuma berada di tier keempat iaitu Tahap Sangat Baik bersama dengan 10 IPTA baru dan 14 IPTS lain.

Penarafan yang melibatkan 58 universiti dan kolej universiti di dalam negara itu dilakukan setiap dua tahun bermula 2007, bagi mengukur kedudukan IPTA dan IPTS dalam usaha kerajaan meningkatkan taraf IPT negara ke peringkat antarabangsa.

Dr Mohamed berkata, UUM juga berpendapat adalah tidak adil untuk dibandingkan taraf IPTA dengan IPTS kerana IPTS mempunyai dasar serta agenda yang berbeza berbanding IPTA yang tidak berorientasikan keuntungan.

"Kebanyakan IPTS lebih fokus kepada pengajaran semata-mata dan tidak mempunyai penerbitan atau kajian, manakala IPTA mendapat dana daripada kerajaan untuk menyediakan pendidikan kepada masyarakat," katanya.

Katanya UUM tidak mahu ranking yang diumumkan itu menenggelamkan peranan sebenar UUM dan ia perlu diberi perhatian sewajarnya kerana boleh mengelirukan masyarakat.-BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan