Suhakam Gesa Kerajaan Siasat Dakwaan Penderaan Seksual Terhadap Wanita Penan

Diterbitkan: Rabu, 21 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan perlu menjalankan siasatan terperinci terhadap nasib wanita dan kanak-kanak perempuan kaum Penan di Ulu Baram, Sarawak yang mendakwa dirogol serta didera secara seksual, kata Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam). Pengerusinya, Tan Sri Hasmy Agam berkata suruhanjaya itu, yang amat bimbang mengenai dakwaan rogol dan penderaan seksual wanita Penan itu, sedang dalam proses menilai tindakan sewajarnya untuk dilaksanakan.

Rogol dan penderaan seksual adalah kesalahan jenayah yang serius dan merupakan isu yang amat membimbangkan Suhakam, terutamanya berhubung keselamatan, kebajikan dan maruah wanita serta kanak-kanak perempuan Penan, katanya menerusi kenyataan yang dikeluarkan di sini, Rabu.

Beliau menggesa polis dan agensi berkaitan yang lain supaya memulakan siasatan mereka terhadap dakwaan itu, dan menimbangkan merit beberapa laporan lain bagi memastikan penjenayah terbabit dihadapkan ke muka pengadilan.

"Mangsa pula perlu digalakkan supaya tampil dan memberi kenyataan, dilindungi daripada sebarang tindak balas disebabkan keterangan mereka dan tidak diugut atau dianiayai oleh pihak berkuasa," kata Hasmy.

Beliau berkata dakwaan itu diketengahkan kepada umum menerusi media pada 2008 dan sekali lagi dilaporkan dalam penerbitan terbaru oleh gabungan badan bukan kerajaan yang dikenali sebagai Penan Supports Group.

"Laporan pencarian maklumat pasukan petugas yang diwujudkan pada 2008 oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat telah mendedahkan keterangan berhubung penderaan, dan beberapa syor berkaitan faktor lain yang menyumbang kepada penderaan turut dimasukkan dalam laporan berkenaan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan