Sektor Awam & Swasta Mesti Bekerjasama Untuk Kejayaan Malaysia - PM

Diterbitkan: Selasa, 20 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mengulangi yang usaha bersama dan berganda dari sektor awam dan swasta akan memastikan kejayaan Malaysia ke arah mencapai ekonomi berpendapatan tinggi.

Beliau berkata yang tanggungjawab untuk mentransformasikan ekonomi bukan terletak di bahu kerajaan semata-mata.

Keberdayaan negara sebagai masyarakat berjaya adalah hasil usaha bersama dan berganda kesemua pemegang kepentingan dan sektor, meliputi sektor awam dan swasta," kata beliau dalam ucapannya selepas dianugerah Felo Kehormat oleh Institut Pengurusan Malaysia (MIM) di sini, Isnin.

"Dalam kata lain, sektor awam yang menyerlah adalah perlu dan syarat penting untuk sektor swasta berprestasi tinggi," tambah beliau.

Najib berkata prestasi ekonomi masa depan Malaysia dan keupayaannya untuk mengekalkan trajektori pertumbuhannya dalam satu-satu tempoh amat bergantung kepada transformasi dalaman.

Beliau berkata adalah penting untuk meningkatkan daya saing Malaysia menerusi rantau ini dan seluruh dunia.

Menurut Perdana Menteri, satu cara untuk Malaysia bergerak ke hadapan dalam era yang kian meningkat globalisasinya ialah dengan menambah baik ciri-ciri pengurusan yang terdapat dalam warga pada setiap paras masyarakat.

Sementara itu, anugerah felo kehormat diberikan kepada individu atas sumbangan dan perkhidmatan mereka kepada pengurusan.

Setakat ini, hanya 14 individu yang telah menerima anugerah itu.

Antara penerima ini termasuklah pemerintah, lima perdana menteri, dua Timbalan Perdana Menteri, seorang gabenor Bank Negara, seorang profesor diraja, seorang Ketua Hakim Negara dan seorang penasihat ekonomi kepada tiga Perdana Menteri.

Pada majlis yang sama, Najib melancarkan Pusat Pengurusan Bakat dan Transformasi Kepimpinan MIM. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Isnin, 16 Oktober 2017 2:00 PM

Jom Santai Bersama Ruhainies Dan Tajul!

Isnin, 16 Oktober 2017 1:17 PM

Macam Mana Boleh Tersepit?

Isnin, 16 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Haters Maki Tajul Di Instagram!

Jumaat, 13 Oktober 2017 2:30 PM

Ruhainies Bersedia Untuk Berkeluarga

Kolumnis

iklan

Iklan