Sebagai Mufti Saya Tidak Bohong - Harussani

Diterbitkan: Selasa, 20 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria pada Selasa menafikan dakwaan dua naib presiden PAS bahawa kononnya beliau membuat fitnah serta melakukan satu pembohongan berhubung adanya pemimpin PAS dan Umno yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.

"Saya seorang mufti takkanlah saya nak membohong, cuma saya tak nak sebut nama orang yang bertemu dengan saya itu....jadi saya tidak membohong. Dia nak tuduh saya membohong itu dia punya pasal.

"Yang penting dia seorang Islam atau tidak... berjuang atas nama Islam atau tidak, kenapa nak bersekongkol dengan yang lainnya," katanya selepas pertemuan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam di sini pada Selasa.

Kedua-dua Naib Presiden PAS iaitu Salahuddin Ayub dan Datuk Mahfuz Omar hari ini dilaporkan menuduh Harussani membuat fitnah serta melakukan pembohongan bahawa terdapat pemimpin PAS dan Umno yang menemuinya untuk mendapatkan pandangan bagi menyatukan kedua-dua parti itu.

Mereka dilaporkan sebagai berkata, selama ini pimpinan PAS tidak pernah mengeluarkan arahan rasmi khususnya di dalam mesyuarat jawatankuasa tertinggi parti supaya menemui Harussani untuk membincangkan isu tersebut.

Harussani berkata pertemuan itu memang berlaku, walaupun wakil yang datang bertemu dengannya itu bukan dihantar oleh PAS secara rasmi.

Katanya pemimpin PAS yang datang itu bertaraf tinggi dan ada juga pemimpin Umno yang bertaraf tinggi juga datang berjumpa beliau.

"Saya pun tidak faham.. pertemuan itu semata-mata untuk pertahankan Islam dan orang Melayu, kenapa sampai nak tuduh macam-macam dan yang marah sangat kenapa," katanya.

Harussani berkata beliau bercakap untuk kepentingan orang Melayu dan Islam kerana jika orang Melayu berpecah, Islam juga akan hancur. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan