PM Adakan Pertemuan Dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan

Diterbitkan: Selasa, 20 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengadakan pertemuan dengan Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Hal Ehwal Agama Islam di Bangunan Perdana Putra di sini, Selasa.

Pertemuan selama sejam itu turut dihadiri oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom, Mufti Perak Tan Sri Harussani Zakaria dan Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) Datuk Wan Mohamad Sheikh Abdul Aziz.

Jamil Khir yang dihubungi Bernama, berkata antara perkara yang dibincangkan dalam pertemuan itu ialah berkaitan isu semasa dan langkah-langkah untuk memperkasakan lagi Islam di negara.

"Saya berpuas hati dengan pertemuan kali ini kerana banyak cadangan dan pendapat yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Majlis Fatwa dan juga mufti-mufti," katanya. - BERNAMA

iklan

Kolumnis

iklan

Iklan