Pemimpin Pendidikan Perlu Berani Mengurus Perubahan - Muhyiddin

Diterbitkan: Selasa, 20 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Pemimpin pendidikan perlu berani mengurus perubahan dalam usaha menjana modal insan yang mampu bersaing di persada global, kata Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Beliau yang juga Menteri Pelajaran berkata, keengganan dan ketakutan pemimpin atau pendidik untuk menongkah arus perubahan mengakibatkan sistem pendidikan bersifat statik.

"Kualiti dan kecemerlangan hari ini tidak menjamin kualiti dan kecemerlangan pada hari esok kerana ukuran kualiti dan kecemerlangan sentiasa berubah.

"Oleh itu, pemimpin tidak seharusnya berpuas hati dengan kejayaan yang dikecapi organisasinya hari ini, sebaliknya perlu berani melaksanakan perubahan dan pembaharuan secara proaktif," katanya dalam ucapannya yang dibacakan Timbalan Menteri Pelajaran Dr Mohd Puad Zarkashi sempena perasmian Seminar Nasional Pengurusan dan Kepimpinan Pendidikan ke-17 di Institut Aminuddin Baki (IAB), Genting Highland, dekat sini, Selasa.

Hadir sama Pengarah IAB Datuk Abd Ghafar Mahmud dan Pengarah Urusan Institut Terjemahan Negara Malaysia (ITNM) Mohd Khair Ngadiron.

Muhyiddin berkata, kepimpinan seseorang tidak akan bermakna jika ia tidak berpaksikan pencapaian yang membolehkan sistem pendidikan dinilai oleh masyarakat secara menyeluruh dari segi kuantitatif dan kualitatif.

Katanya, menjadi kebiasaan pemimpin yang ingin membuat perubahan akan berhadapan dengan pelbagai rintangan dan sekiranya mereka ingin mengurus perubahan secara berkesan, mereka hendaklah bersedia menghadapi cabaran itu.

"Jika enggan dan takut menongkah arus kecemerlangan, maka hasrat negara untuk menjana modal insan yang mampu bersaing di persada global hanya akan tinggal impian,"katanya.

Sehubungan itu, beliau menggariskan beberapa contoh amalan kepimpinan yang efektif dan berprestasi tinggi yang boleh merubah kebiasaan, iaitu mereka mestilah boleh dijadikan contoh dan lambang kepada mereka yang dipimpin, sentiasa merangsang perkongsian visi bersama orang-orang yang dipimpin serta berani membawa arus perubahan ke arah merealisasikan visi dan misi.

Muhyiddin berkata, melalui amalan itu, secara tidak langsung pemimpin tersebut bukan sahaja mendorong elemen inovasi dan kreativiti malahan telah menggarap elemen tersebut secara sendiri dalam kepimpinannya.

"Pada pandangan saya, pemimpin berprestasi tinggi juga perlu menghayati dan mengamalkan pembelajaran sepanjang hayat dan membudayakan dalam menjalankan tugas seharian," katanya.

Pada majlis itu, IAB dan ITNM turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dalam memartabatkan bidang pendidikan serta pelancaran koleksi buku Siri Kepimpinan dan Pengurusan Sekolah serta Siri Pembangunan Profesion Perguruan terbitan ITNM. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan