Najib Mengikuti Perkembangan iPhone

Diterbitkan: Selasa, 20 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

CYBERJAYA: Datuk Seri Najib Tun Razak adalah Perdana Menteri yang sentiasa mengikuti perkembangan.

Beliau tidak mahu ketinggalan mendapatkan alat perhubungan terbaharu di dalam pasaran.

Dengan memiliki satu Apple iPhone 3GS, walaupun bukan model iPhone 4 yang terbaharu yang masih belum terjual di Malaysia, Perdana Menteri berkata telefon pintar itu boleh membantunya sebagai "kamus bergerak" pada bila-bila masa.

Sambil mengharapkan inovasi itu akan subur di dalam ekosistem optimum, beliau berkata fakta dan maklumat hari ini boleh diperolehi secara meluas.

"Lihatlah pada Wikipedia, ensaiklopedia terbesar di dunia yang boleh diperolehi secara online dan percuma sepenuhnya bagi sesiapa sahaja untuk menggunakannya."

"Wikipedia adalah satu contoh baik mengenai idea "kemusnahan kreatif" pakar ekonomi (Amerika), (Joseph Alois) Schumpeter, yang memberi maksud bahawa ensaiklopedia tradisional tidak lagi menarik seperti dahulu."

"Dan, malah kamus juga tidak lagi berguna dan malah, dengan menggunakan iPhone, saya memiliki kamus bergerak bersama-sama dengan saya pada setiap masa," katanya, semasa berucap kepada para pelajar dan peserta pada pelancaran "Malaysia: Konvensyen Nasional Negara Inovasi" di Limkokwing University of Creative Technology di sini, Selasa.

Siapa tahu, Najib, yang akan berusia 57 tahun tiga hari lagi, akan menerima Apple iPad terbaharu sebagai hadiah harijadinya.

Tetapi, seseorang perlu pergi ke selatan tanah air kerana alat iPad, yang dikatakan sebagai "produk luar biasa," akan dilancarkan di sembilan negara lagi, yang termasuk Singapura, pada Jumaat.

Lapan lagi negara itu ialah Austria, Belgium, Hong Kong, Ireland, Luxembourg, Mexico, Belanda dan New Zealand. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Selasa, 15 Ogos 2017 9:00 AM

Abang Long Fadil 2 Telan Belanja RM 3.2 Juta

Kolumnis

iklan

Iklan