Mohammed Azlan Dilantik Pengarah, Pengerusi Pantai Holdings

Diterbitkan: Selasa, 20 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Datuk Mohammed Azlan Hashim telah dilantik sebagai Pengarah dan Pengerusi Pantai Holdings Bhd (Pantai), sebuah konglomerat penjagaan kesihatan dengan rangkaian 10 hospital di negara ini.

Pelantikan beliau berkuat kuasa pada 30 Jun, demikian menurut satu kenyataan Pantai hari ini.

Ia berkata, Mohammed Azlan mempunyai pengalaman kerja yang luas dalam sektor korporat dan telah berkhidmat sebagai Ketua Eksekutif Bumiputra Merchant Bankers Bhd, Pengarah Urusan Kumpulan Amanah Capital Malaysia Bhd dan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Bursa Malaysia Bhd.

Beliau kini merupakan ahli lembaga Khazanah Nasional Bhd, Parkway Holdings Limited, D&O Green Technologies Bhd, Scomi Group Bhd dan SILK Holdings Bhd.

Sementara itu, Tan Sri Mohamed Khatib Abdul Hamid, mengambil peranan baharunya sebagai Pengarah dan Pengerusi Pantai Support Services Sdn Bhd, syarikat pegangan yang dikenal pasti bagi perniagaan konsesi kumpulan itu, iaitu Pantai Fomema dan Pantai Medivest. - BERNAMA

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan