Kerajaan Akan Teruskan Program Subsidi Beras Untuk Rakyat

Diterbitkan: Selasa, 20 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Program Subsidi Beras untuk Rakyat (Subur) akan diteruskan bagi memastikan golongan sasar dapat menikmati subsidi beras daripada kerajaan.

Kerajaan tidak bercadang memberhenti atau menggantikan program itu, kata Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Chua Tee Yong pada sesi soal jawab persidangan Dewan Negara di sini, Selasa.

Beliau berkata sehingga 25 Mei lepas, kementerian itu menerima 514,993 permohonan baru bagi program Subur yang dikemukakan oleh semua 222 urusetia Majlis Pembangunan Pertanian Parlimen (MPPP).

"Senarai nama yang telah diperaku di peringkat MPPP ini merupakan tapisan peringkat awal dan akan disemak dengan lebih terperinci bagi memastikan kesahihannya," katanya.

Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Senator Pau Chiong Ung yang ingin tahu sama ada program Subur masih dilaksana dan jika ia tiada lagi apakah rancangan kementerian untuk menggantikannya.

Yong berkata semakan terperinci terhadap senarai nama yang dikemukakan akan dibuat bagi memastikan hanya golongan yang benar-benar layak mendapat bantuan dan manfaat daripada program itu.

Beliau berkata pada 20 Nov lepas kerajaan memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan program Subur susulan aduan dan rungutan daripada orang ramai yang mengatakan senarai kumpulan sasar dalam sistem e-Kasih tidak merangkumi semua golongan layak.

Penangguhan itu perlu bagi membolehkan kementerian dengan kerjasama Unit Penyelarasan Pelaksanaan Jabatan Perdana Menteri, Jabatan Perangkaan serta agensi lain yang berkaitan menyemak dan membuat pengesahan senarai nama dalam e-Kasih dan memasukkan nama keluarga yang tercicir.

"Oleh itu, kementerian sedang berusaha mengemaskini senarai penerima dan mekanisma pelaksanaan Subur dan akan memperakukan semula untuk persetujuan pihak kerajaan," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan