Keganasan Terhadap Wanita Masih Menjadi Fokus Kementerian

Diterbitkan: Selasa, 20 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Keganasan dan diskriminasi terhadap wanita di Malaysia masih menjadi fokus Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, kata Menterinya Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.

Beliau berkata kementerian telah mengambil pelbagai langkah untuk menangani peningkatan kes keganasan rumahtangga dan meningkatkan kesedaran orang ramai, termasuk mendidik lelaki dewasa dan remaja untuk menghormati wanita/gadis sebagai pasangan dalam setiap aspek kehidupan dan masyarakat.

"Kami juga menyemak semula undang-undang dan peraturan yang mendiskriminasi wanita dan menghalang usaha memperkasakan mereka," katanya semasa merasmikan persidangan Meja Bulat Deklarasi +5 Putrajaya: Kemajuan Ke arah Memperkasakan Wanita, di sini Selasa.

Katanya dengan pindaan yang akan dilakukan terhadap Akta Pekerjaan tidak lama lagi, tumpuan akan diberikan kepada undang-undang membabitkan gangguan seksual di mana tugas perundangan dan liabiliti akan dipertanggungjawabkan ke atas majikan bagi memastikan kes seumpama itu dikendalikan dengan cara yang betul dan mematuhi undang-undang.

Beliau memetik statistik Polis Diraja Malaysia iaitu kes keganasan rumahtangga telah meningkat sebanyak 505 kes, daripada 3,264 pada 2006 kepada 3,769 pada 2008.

Shahrizat juga berkata penambahbaikan penjagaan kesihatan di kawasan luar bandar dan pengenalan bidan profesional telah menyumbang kepada penurunan kadar mortaliti ibu.

"Kini, nisbahnya telah menurun daripada 530:100,000 kelahiran hidup pada 1957, kepada 30:100,000 kelahiran hidup," katanya.

Shahrizat berkata kerajaan sedang mengenal pasti kaedah dan strategi terbaik untuk mencapai matlamat memperkasakan wanita dan mencapai kesaksamaan gender.

Persidangan meja bulat selama dua hari itu diadakan untuk menyemak kejayaan Malaysia dalam memperkasakan wanita di bawah Deklarasi Putrajaya, khususnya dalam tujuh tema kecil: Wanita dan Pembangunan Ekonomi, Wanita dalam Pembuat Dasar, Wanita Dalam Pendidikan, Wanita dan Kesihatan, Wanita dan ICT, Wanita dan Konflik Senjata dan Keganasan Terhadap Wanita. - BERNAMA

iklan

Video

Isnin, 20 November 2017 2:30 PM

Karier Tak Rosak - Fezrul khan

Isnin, 20 November 2017 9:00 AM

#BiziBody: Nabila Razali Simpan Foto Aedy Ashraf?

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Kolumnis

iklan

Iklan