KDN Panggil Akhbar The Rocket

Diterbitkan: Selasa, 20 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kementerian Dalam Negeri (KDN) pada Isnin memanggil pihak penerbitan akhbar 'The Rocket' bagi memberi keterangan berhubung surat tunjuk sebab mengenai isu pembaharuan permit dan artikel yang disiarkan akhbar itu.

Timbalan Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Abdul Rahim Mohd Radzi berkata antara individu yang memberi keterangan termasuk Setiausaha DAP Teresa Kok dan pengarang akhbar terbabit Tony Pua.

"Ketua Setiausaha kementerian Datuk Seri Mahmood Adam telah berjumpa dengan pihak penerbitan akhbar itu di pejabatnya pukul 7 malam tadi bagi memohon keterangan dan penjelasan berkaitan surat tunjuk sebab yang dikeluarkan oleh KDN pada 13 Julai lepas," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Beliau berkata dalam pertemuan itu, pihak penerbitan akhbar terbabit telah dimaklumkan mengenai pelanggaran syarat-syarat yang dilakukan termasuk menerbitkan berita dalam versi Bahasa Cina dan Inggeris walaupun permit akhbar itu telah tamat tempoh.

"Pihak penerbitan juga lewat mengemukakan permohonan pembaharuan yang lengkap serta gagal mengemukakan lapan salinan penerbitan sebaik sahaja ia dicetak.

"Bagaimanapun pihak penerbitan The Rocket berjanji untuk memberi jawapan dan penjelasan mengenai ketidakpatuhan itu kepada kementerian dalam tempoh 48 jam," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Selasa, 14 November 2017 9:00 AM

“Penat..Tapi Best!” - Nad Zainal

Kolumnis

iklan

Iklan