Kanak-Kanak Bukan Warganegara Tanpa Dokumen Pengenalan Turut Dapat Pendidikan

Diterbitkan: Selasa, 20 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan sentiasa memastikan penyediaan dan pelaksanaan pendidikan untuk kanak-kanak tanpa dokumen dapat dilakukan sebaik mungkin bagi memastikan semua kanak-kanak di negara ini mendapat pendidikan yang sewajarnya, tanpa mengira agama, bangsa dan lokasi.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata ia bagi menangkis tohmahan masyarakat antarabangsa terhadap negara ini yang menyatakan bahawa Malaysia tidak memberi pendidikan yang sewajarnya kepada kanak-kanak.

"Sehingga kini, Kementerian Pelajaran telahpun mewujudkan beberapa perkongsian pintar seperti bersama Pasukan Petugas Khas Persekutuan untuk program pendidikan 3M KAFA; Angkatan Tentera Malaysia melalui Program Jiwa Murni di Pulau Berhala, Sandakan dan Yayasan Guru Malaysia Berhad dan UNICEF.

"Justeru perkongsian pintar ini akan diperluaskan dan saya amat mengharapkan supaya agensi kerajaan, swasta dan badan bukan kerajaan yang lain berminat untuk bersama-sama berganding bahu melaksanakan program pendidikan bagi kanak-kanak tanpa dokumen ini," katanya pada sesi soal jawab di Dewan Negara di sini, Selasa.

Beliau menjawab soalan Senator Noriah Mahat yang ingin tahu status dasar pendidikan kanak-kanak tanpa dokumen bukan warganegara dan perancangan kementerian dalam memberi pendidikan kepada kanak-kanak itu bagi mengatasi masalah buta huruf dan melaksanakan pendidikan untuk semua.

iklan

Video

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Isnin, 11 Disember 2017 9:00 AM

#BiziBody : De Fam Kantoi Gambar Selfie

Ahad, 10 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Aziz Harun - Jangan

Jumaat, 8 Disember 2017 10:55 PM

Abam Bocey Malu Manja Dengan Isteri Depan Kamera

Jumaat, 8 Disember 2017 8:15 PM

Malaysia Tak Diam Diri, Terus Bela Nasib Palestin

Jumaat, 8 Disember 2017 2:02 PM

Zarul Husin Takut Tua

Jumaat, 8 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Awi Rafael - Kau Di Hatiku

Kolumnis

iklan

Iklan