JMM Dakwa Wang Dari Kontrak Kerajaan Digunakan Untuk Membiayai Malaysian Insider

Diterbitkan: Selasa, 20 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Jaringan Melayu Malaysia (JMM) hari ini mendakwa bahawa penaja The Malaysian Insider, sebuah portal berita pro-pembangkang, telah menggunakan wang yang diperolehi daripada kontrak kerajaan untuk membuat fitnah terhadap kerajaan.

Yang Dipertua JMM, Azwanddin Hamzah, mendakwa bahawa Efficient E-Solution Berhad merupakan syarikat yang membiayai kos operasi portal tersebut.

Efficient E-Solution juga mempunyai kepentingan 20 peratus dalam VPI International Sdn Bhd, yang telah mendapatkan kontrak perkhidmatan pengimejan dan pengimbasan pengumpulan data daripada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) yang pada mulanya berjumlah RM216,090,927 dan kemudian dinaikkan kepada RM585,540,927.

Azwanddin mendakwa dalam satu sidang akhbar di sini hari ini bahawa Datuk Kalimullah Hassan dan Shaik Aqmal Alauddin merupakan pengarah dalam Efficient Solutions manakala Shaik Aqmal dan Sreedhar Subramaniam adalah pengarah VPI International.

Ketua JMM itu juga meminta Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Nor Mohamed Yakcop menjelaskan hubungan beliau dengan ketiga-tiga pengarah itu kerana kontrak itu diperolehi sewaktu beliau menjadi Menteri Kewangan II.

Azwanddin juga mendakwa Shaik Aqmal dan Sreedhar, yang menjadi penandatangan kontrak dengan LHDN telah menggunakan Regalia Records Management Sdn Bhd yang mana VPI International mempunyai kepentingan di dalamnya untuk menaja dan membiayai Malaysian Insider yang diilhamkan oleh Sreedhar. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan