Henti Desak Mat Taib Letak Jawatan - Umno Kelana Jaya

Diterbitkan: Selasa, 20 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Timbalan Ketua Umno Bahagian Kelana Jaya, Datuk Yahaya Bujang pada Selasa menggesa semua pihak supaya berhenti mendesak Tan Sri Muhammad Muhd Taib melepaskan jawatan sebagai Ketua Umno bahagian itu.

Malah beliau turut menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa bahagian itu pincang ekoran tindakan memencil diri ketuanya.

"Tidak timbul soal Umno Bahagian Kelana Jaya pincang tanpa ketua, malah semua perancangan dan aktiviti parti berjalan dengan baik dan mendapat sokongan semua pihak.

"Oleh itu saya menyeru kepada pemimpin parti agar desakan kepada Tan Sri Muhammad Taib meletakkan jawatan sebagai Ketua Umno bahagian ini dihentikan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Selain itu, Yahaya turut mengesahkan bahawa Muhammad telahpun memberikan mandat kepadanya untuk menjalankan tugas sebagai ketua Umno bahagian sejak April 2009.

"Perkara ini telah dimaklumkan kepada semua ahli jawatankuasa bahagian, malah pelantikan pegawai bahagian dan jawatankuasa tambahan juga dibuat oleh saya sendiri selepas menerima mandat sepenuhnya oleh Tan Sri Muhammad," katanya.

Sebelum dilaporkan wujudnya desakan pemimpin akar umbi Umno Bahagian Kelana Jaya yang menuntut Muhammad yang lebih dikenali sebagai 'Mat Taib' membuat keputusan sama ada mahu kekal menerajui mereka atau meletakkan jawatan.

Ini berikutan bekas Menteri Besar Selangor itu memencilkan diri terhadap perjalanan Umno bahagian berkenaan sejak hampir dua tahun lalu.

Menurut Yahaya lagi, perkara berkenaan juga telah dimaklumkan kepada Jawatankuasa Perhubungan Umno negeri dalam satu mesyuarat yang dipengerusikan oleh Pengerusi Badan Perhubungan Umno Selangor.

"Selama saya menjalankan tugas-tugas Ketua Umno Bahagian Kelana Jaya, saya langsung tidak menghadapi sebarang masalah dan mendapat sokongan penuh dari ahli jawatankuasa bahagian, Pemuda, Wanita dan Puteri.

"Banyak program dan aktiviti parti termasuk program masyarakat dilaksanakan tanpa campur tangan Tan Sri Muhammad dan semua ini dibentangkan dalam mesyuarat bahagian untuk dibincangkan," katanya.

Katanya lagi, beliau berharap isu berkenaan tidak dipanjangkan dan dibincangkan sehingga peringkat Majlis Tertinggi (MT) kerana disifatkan terlalu kecil.

Tambah beliau, pandangan daripada seorang perwakilan pada mesyuarat Umno bahagian itu yang menggesa Muhammad meletakkan jawatannya adalah pandangan peribadi dan bukan kehendak semua perwakilan.

iklan

Video

Jumaat, 18 Ogos 2017 8:00 AM

#akuStar: Slash - Melodi Kasih

Khamis, 17 Ogos 2017 3:02 PM

Seksi? Urusan Saya Dengan Tuhan - Zizi Kirana

Khamis, 17 Ogos 2017 12:30 PM

Erma Reda, Jatuh Talak Satu

Khamis, 17 Ogos 2017 9:00 AM

Wak Doyok Kini Bintang Filem

Rabu, 16 Ogos 2017 3:59 PM

Bahaya Tu Abang Oii...

Rabu, 16 Ogos 2017 12:30 PM

“Senyum Je Pada Haters” - Farisha Irish

Selasa, 15 Ogos 2017 3:28 PM

Raysha Rizrose Pemalu, Bukan Sombong!

Selasa, 15 Ogos 2017 11:59 AM

Keluarga 'Control' Hidup Neera Azizi?

Kolumnis

iklan

Iklan