Harussani Dituduh Jadi 'Alat'

Diterbitkan: Selasa, 20 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Mufti Perak, Tan Sri Dr Harussani Zakaria yang melahirkan kebimbangan bahawa orang Melayu akan hilang kuasa sekiranya Umno dan PAS tidak bersatu terus menerima kecaman daripada pemimpin PAS yang menyifatkan beliau menjadi 'alat' pihak tertentu.

Setiausaha Dewan Pemuda PAS Perak, Dr Raja Ahmad al-Hiss berkata, pandangan Harussani sebelum dilihat berpihak dengan pendirian politik peribadinya.

"Pemuda PAS Perak tidak yakin akan personaliti Tan Sri Harussani mampu memastikan isu perpaduan masyarakat Melayu dan Islam kerana beliau jelas telah dilihat berpihak dengan pendirian politiknya.

"Kenyataan isu perpaduan dan penyatuan ini sebenarnya adalah agenda Umno bagi memastikan mereka akan terus berkuasa setelah (menyedari) rakyat sudah mula menolaknya," katakanya di sini pada Selasa.

Harussani sebelum ini mengakui bahawa terdapat pemimpin Umno dan PAS yang datang berjumpa beliau baru-baru ini bagi membincang dan meminta pandangan beliau berhubung cara untuk menyatupadukan kedua-dua parti itu.

Mufti itu bagaimanapun menjelaskan kepada bahawa beliau bukan orang politik dan tidak mempunyai hak untuk menentukan perkara itu bagi kedua-dua pihak.

Selain itu Raja Ahmad berkata, sebagai seorang mufti, Harussani sepatutnya tidak menyebelahi mana-mana pihak terutamanya melibatkan soal politik.

"Sepatutnya Tan Sri Harussani mesti bersikap neutral serta menampilkan ciri-ciri tokoh yang dihormati dan bukannya sebagai jurucakap pihak-pihak tertentu," katanya.

Tegasnya lagi, Pemuda PAS Perak tetap membantah usaha penyatuan PAS-Umno kerana menyifatkan tujuannya tidak berteraskan Islam.

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan