Guan Eng Biadab - Nik Ali

Diterbitkan: Selasa, 20 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

GEORGE TOWN: Ketegangan antara Lim Guan Eng dan Pegawai Kemajuan Negeri (SDO), Nik Ali Mat Yunus (gambar) semakin buruk apabila pegawai peringkat persekutuan berkenaan tampil mengkritik Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Beliau berkata, Guan Eng seolah-olah tidak mengetahui peranan Jabatan Pembangunan Persekutuan kerana sejak beberapa minggu lalu mengkritiknya secara melulu berhubung tiga projek di bawah kerajaan negeri.

Projek berkenaan ialah gerbang Taman Botani, projek Kereta Api Bukit Bendera dan isu berkaitan kecurian pasir di Balik Pulau.

"Sebagai kakitangan awam, saya bersabar supaya tidak memberikan kenyataan balas.

"Bagaimanapun Guan Eng secara berterusan menyerang peribadi serta mencemarkan reputasi saya sebagai penjawat awam... saya perlu mempertahankan diri," katanya dalam kenyataan yang diedarkan pada sidang media mengenai isu curi pasir di sini pada Isnin.

Serangan terbaru Guan Eng ke atas Nik Ali berpunca daripada kes kecurian pasir di tapak cadangan membina politeknik di Balik Pulau, apabila Ketua Menteri menuduhnya tidak profesional, tidak kompeten, pengecut dan patut dipecat.

Tuduhan itu dibuat semata-mata tanah berkenaan milik Kerajaan Pusat, sedangkan aspek pemantauan adalah di bawah agensi kerajaan negeri.

Sebelum ini, Guan Eng juga didakwa mengeluarkan kata-kata kesat terhadap Nik Ali ketika majlis pelancaran projek Kereta Api Bukit Bendera dengan menuduh tidak disediakan tempat duduk untuknya.

Guan Eng juga didakwa menyalahkan Nik Ali berhubung keputusan Kerajaan Pusat merobohkan dua gerbang Taman Botani di sini, dengan menuduhnya sebagai membazirkan wang kerajaan sedangkan projek itu dilaksanakan agensi kerajaan negeri iaitu Jabatan Pengairan Saliran dan Jabatan Taman Botani.

Nik Ali berkata, kenyataan Guan Eng kononnya beliau tidak kompeten, tidak profesional, pengecut dan patut diberhentikan serta-merta adalah amat biadab dan tidak sepatutnya dilemparkan oleh seorang Ketua Menteri.

"Dia berterusan minta saya letak jawatan, tindakannya menyerang SDO telah merendahkan statusnya sebagai Ketua Menteri," katanya.

iklan

Video

Isnin, 23 Oktober 2017 5:54 PM

Adam, Ezlynn Tuduh Menuduh! Mana Satu Betul?

Isnin, 23 Oktober 2017 4:10 PM

Kiriman Akhir Sebelum Karam

Isnin, 23 Oktober 2017 2:30 PM

Mona Bukan Kehidupan Saya - Shahir

Isnin, 23 Oktober 2017 1:31 PM

Tragedi Tanah Runtuh: Semua Mayat Dijumpai

Isnin, 23 Oktober 2017 9:00 AM

#BiziBody: Aizat Amdan Tak Lupa Dua Benda Ini!

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Kolumnis

iklan

Iklan