Sukar Jejak Penjenayah Licik Amerika Selatan

Diterbitkan: Isnin, 19 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Daripada kes-kes kecil melibatkan kecurian dan seluk saku, penjenayah warga Amerika Selatan kini beralih kepada kegiatan pecah rumah dan rompakan barangan kemas di negara ini.

Tidak seperti pencuri di negara lain, polis menyifatkan kegiatan mereka sukar dibanteras dan ia bertambah sukar apabila mereka hanya menetap dalam tempoh singkat di negara ini.

Mereka pada mulanya mensasarkan pelancong di negara mereka sebelum menjalankan ‘operasi’ di lapangan terbang dan hotel di seluruh dunia termasuk Malaysia.

Salah satu daripada kes awal membabitkan warga benua itu adalah kecurian bagasi di lapangan terbang seluruh dunia termasuk Malaysia yang dilaporkan pada tahun 1998. Polis telah menahan ahli-ahli sindiket iaitu lapan rakyat Peru di Lapangan Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan selepas itu bilangan kecurian terus menyusut.

Bagaimanapun dalam laporan baru-baru ini memaklumkan bahawa penjenayah Amerika Selatan kini membuat ‘kebangkitan semula’.

Terdapat satu kes melibatkan satu kumpulan yang memecah masuk rumah di kawasan kejiranan elit di Lembah Klang.

Salah seorang daripada mereka telah ditahan pada bulan lepas selepas penjenayah terbabit cuba untuk merasuah anggota polis bagi membebaskannya.

Dua minggu lalu, empat warga asing melarikan barangan kemas bernilai RM500,000 daripada tukang emas di Ampang selepas mereka berjaya mengalihkan perhatian jurujual.

Berdasarkan kajian polis terhadap rakaman kamera litar tertutup (LCCT) di premis berkenaan, penjenayah itu dipercayai warga Amerika Selatan.

Selain itu, terdapat juga laporan mengenai ancaman warga asing itu terhadap pelanggan-pelanggan bank yang mengeluarkan wang dari mesin pengeluaran automatik (ATM).

Sebaik sahaja pelanggan membuat pengeluaran, penjenayah terbabit akan membuat helah dengan bertanya kepada mangsa sama ada mereka telah menjatuhkan wang ke atas lantai atau tidak.

Sejurus mangsa memandang ke bawah, semua wang tunai dan kad ATM dirampas.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner (II), Datuk Ku Chin Wah berkata, 'penjenayah licik' itu akan mengembara dan mencuri di beberapa negara, kemudiannya kembali ke Malaysia menggunakan pasport yang berlainan.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Imigresen, Datuk Abdul Rahman difahamkan adalah sukar untuk mengenal pasti penjenayah asing terbabit yang datang ke negara ini menggunakan pintu masuk secara sah.

“Malaysia merupakan negara yang menggunakan polisi mesra pelancong bagi mempromosikan pelancongan dan perniagaan. Ini menjadikan negara sebagai destinasi pilihan kepada pengembara dan ahli perniagaan serta sebahagiannya juga adalah penjenayah,” katanya.

iklan

Video

Jumaat, 20 Oktober 2017 2:30 PM

Umur Dah Lanjut Pun Nak Menyanyi Lagi?

Jumaat, 20 Oktober 2017 9:00 AM

#akuStar: Irfan Haris - Pesan

Jumaat, 20 Oktober 2017 8:30 AM

Donut Untuk Sang Hero

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Kolumnis

iklan

Iklan