Serah RM60,000 Tanpa Pernah Bersua Muka

Diterbitkan: Isnin, 19 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PETALING JAYA: Jane (bukan nama sebenar) merupakan salah seorang mangsa African Scam di negara ini yang mengalami kerugian sebanyak RM60,000 dalam tempoh tiga bulan.

Menurut Jane, dia berkenalan dengan Gary (juga bukan nama sebenar) jejaka yang mendakwa dirinya dari United Kingdom (UK) pada Januari lalu menerusi sebuah laman web sosial.

Wanita berusia 42 tahun yang berkhidmat sebagai eksekutif di sebuah syarikat swasta di Petaling Jaya ini amat teruja sewaktu pertama kali Gary menyapanya di internet dan berminat mengenalinya dengan lebih dekat.

Sebagai wanita belum berkahwin dan belum mempunyai teman lelaki, Jane menerima lamaran Gary dengan hati terbuka apatah lagi bila mendapat tahu Gary bekerja sebagai jurutera dan sedang mencari teman hidup.

“Dia selalu telefon saya dari UK. Dia layan saya begitu baik dan lembut sekali. Tak pernah saya dapat layanan sebegitu daripada mana-mana lelaki yang pernah saya jumpa sebelum ini,” Jane membuat pengakuan kepada Mingguan mStar.

Gary, bagi Jane adalah lelaki sempurna, mulia dan penyayang. Tiga bulan berkenalan, Jane jatuh cinta dengan Gary. Apabila Gary juga meluahkan rasa cintanya, Jane berasa dirinya sebagai wanita bertuah.

Di awal perkenalan dengan Gary, Jane tidak menafikan wujud rasa ragu-ragu terhadap temannya itu, apatah lagi bila dia sering terbaca tentang kes-kes penipuan di internet.

Namun, Jane yang pada mulanya tidak mahu terburu-buru bercinta selagi dia belum berjumpa dengan Gary terpaksa akur apabila Gary serius mahu berkahwin dengannya.

“Gary menghubungi saya dari UK hampir setiap hari. Tapi saya rasa sedikit hairan bila dia beri nombor telefon, tetapi tak benarkan saya menelefonnya kerana bimbang bil melambung. Saya menuruti permintaannya,” katanya.

Disebabkan mahu menyiasat latar belakang Gary, dia pernah mengingkari nasihat Gary dengan mendail juga nombor telefon Gary walaupun Gary menghalang dia berbuat demikian.

“Saya rasa lega bila Gary sendiri yang jawab panggilan saya. Dari situ saya yakin bahawa Gary jujur dan tiada niat tidak baik terhadap perhubungan kami. Saya rasa bersalah kerana mengesyaki Gary berniat jahat,” katanya.

Dalam masa yang sama, Jane mengaku juga lega kerana selepas disiasat, nombor telefon Gary adalah benar-benar didaftarkan di UK. Firasatnya, jika benar Gary berniat tidak baik, tidak mungkin Gary sanggup meluangkan masa dan menghabiskan wang untuk membayar bil telefon yang tinggi jumlahnya.

“Gary berjanji untuk mengahwini saya dalam masa terdekat. Dia minta saya beri sedikit masa supaya dia dapat selesaikan urusan kerjanya sebelum terbang ke Malaysia bertemu saya,” jelasnya. Suatu hari, Gary bermurah hati untuk menghantar sebentuk cincin dan wang dunia berbentuk bungkusan kepada Jane sebagai tanda kasih dan cintanya.

Tiba hari ‘bungkusan’ sepatutnya sampai, Jane menerima panggilan daripada seorang wanita yang meminta dia menjelaskan sebanyak RM10,000.

“Tidak lama selepas itu, wanita itu meminta saya memasukkan wang lagi sebanyak lima kali ke dalam akaun berlainan,” katanya.

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan