Pelan Galak Pembangunan Sumber Manusia Berkemahiran Dilancar

Diterbitkan: Isnin, 19 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

PUTRAJAYA: Kementerian Pengajian Tinggi hari ini melancarkan Pelan Pengukuhan Kerjasama Universiti-Industri dan Masyarakat yang akan menjadi pemangkin kepada pembangunan sumber manusia berpengetahuan dan berkemahiran di negara ini.

Menterinya, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, pelan tersebut yang mengandungi tujuh rangka kerja termasuk Perkongsian Pertukaran Pengetahuan dan pembentukan konsortium kelompok berasaskan kerjasama universiti-industri, akan memastikan pulangan yang lebih baik kepada sektor berkaitan.

"Terdapat keperluan untuk merapatkan kerjasama antara institusi akademik dan industri jika kita hendak menentukan usaha kita untuk mencapai matlamat negara yang berasaskan inovasi dan sebagainya menjadi kenyataan.

"Pengeluaran graduan yang tidak memenuhi keperluan industri akan menjejaskan peluang graduan mendapat pekerjaan," katanya kepada pemberita selepas pelancaran pelan itu di sini.

Selain meningkatkan peluang pasaran graduan, Mohamed Khaled berkata, pelan itu juga bertujuan menambah baik kualiti kurikulum, pengajaran dan pembelajaran, meningkatkan hasil penyelidikan yang boleh dikomersialkan, dan menjadi sumber pendapatan kepada universiti dan industri.

Beliau berkata, di bawah kerjasama antara universiti dan industri, Majlis Mesyuarat Perundingan Akademik Industri akan menggunakan pendekatan kelompok bermula tahun ini.

"Kita telah mengenal pasti 19 Majlis Dekan yang meliputi antaranya pertanian, perbankan, bioteknologi, pembinaan, reka bentuk dan seni bina, kejuruteraan, teknologi makanan dan nutrisi, penjagaan kesihatan, minyak dan gas, serta pelancongan sebagai bidang pengajian," katanya.

Beliau berkata, setiap kelompok akan mengadakan kerjasama di antara universiti dan industri dalam bidang masing-masing melibatkan penyelidikan dan pembangunan serta pengkomersilan, dan juga program pemasaran graduan.

"Adalah diharapkan dengan adanya kelompok ini semua isu dan masalah dapat ditangani pada peringkat akar umbi oleh kedua-dua pihak iaitu universiti dan industri," katanya. - BERNAMA

iklan

Video

Ahad, 19 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Cikgu Meera - Oh Sayangku

Jumaat, 17 November 2017 4:25 PM

Tokan Kantoi Bungkus Dadah Dalam Plastik Teh

Jumaat, 17 November 2017 2:00 PM

Pesawat Dedah Punca Menyepi

Jumaat, 17 November 2017 9:00 AM

#akuStar: Hyper Act - Kasih

Khamis, 16 November 2017 2:00 PM

“Kalaulah Diberi Watak Utama...” - Riz Amin

Khamis, 16 November 2017 9:05 AM

Tak Tipu! Rawang Bypass Memang Gayat

Khamis, 16 November 2017 9:00 AM

Sufi Tak Mampu Tolak Haqiem Rusli

Rabu, 15 November 2017 9:00 AM

Bakat Mafarikha Tersia-sia Enam Tahun

Selasa, 14 November 2017 2:00 PM

Nasi Kandar 3 Jam!

Kolumnis

iklan

Iklan