AirAsia Tawar Promosi Istimewa 'Just For Two'

Diterbitkan: Isnin, 19 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Syarikat penerbangan tambang murah AirAsia menawarkan tambang istimewa bagi dua tetamu sebagai sebahagian daripada kempen pemasaran inovatifnya menerusi ciri-ciri baharu yang diserapkan dalam sistem tempahan tiket baharu syarikat penerbangan itu.

Di bawah tawaran istimewa "Just for Two" itu, dua penumpang bagi penerbangan domestik boleh melakukan perjalanan bagi tambang sehingga serendah RM50 manakala dua penumpang bagi penerbangan antarabangsa boleh melakukan perjalanan bagi tambang sehingga serendah RM100, kedua-duanya bagi perjalanan sehala.

Penumpang boleh membuat tempahan dalam talian di laman web www.airasia.com atau mobile.airasia.com dari 19 Julai hingga 25 Julai, bagi perjalanan antara 2 Ogos dan 15 November, 2010, kata syarikat itu dalam satu kenyataan, hari ini.

AirAsia juga menawarkan Promosi Belian Awal bagi perjalanan tahun depan di mana tetamu boleh menempah tiket antara 19 Julai dan 25 Julai bagi perjalanan antara 14 Februari dan 8 Mei, 2011.

Ketua Komersil Serantau AirAsia, Kathleen Tan berkata, pelaburan dalam sistem tempahan tiket baharu itu akan membolehkan syarikat penerbangan tersebut kekal berada di hadapan.

"Kami telah menyatakan sebelum ini bahawa tetamu AirAsia akan mendapat faedah daripada sistem tempahan baharu kami dan menikmati lebih banyak penjimatan, jadi tawaran ini menunjukkan bahawa kami komited kepada apa yang kami janjikan kepada tetamu kami," kata Kathleen. - BERNAMA

iklan

Video

Khamis, 19 Oktober 2017 1:00 PM

Lebih Baik Jual Album Sendiri - Firman

Khamis, 19 Oktober 2017 9:00 AM

Tudiaaa... Fesyen Mengancam Selebriti ASK2017

Khamis, 19 Oktober 2017 8:30 AM

Keringat Wanita Waja

Rabu, 18 Oktober 2017 10:52 AM

"Saya Bukan Ustaz" - Opick

Selasa, 17 Oktober 2017 3:37 PM

Siapa Haida Hafiz?

Selasa, 17 Oktober 2017 2:49 PM

Video Majlis Resepsi 'Tycoon' Air Asia Tular

Selasa, 17 Oktober 2017 2:24 PM

Sabar Kakak, Benda Boleh Bincang...

Selasa, 17 Oktober 2017 9:00 AM

Ferhad Nak Berdangdut!

Kolumnis

iklan

Iklan