African Scam: Tak Logik Tapi Berlaku - Polis

Diterbitkan: Isnin, 19 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: African Scam adalah satu bentuk jenayah merentasi sempadan yang tidak hanya melanda negara ini, tetapi turut melibatkan negara seperti Amerika Syarikat (AS), Singapura dan Indonesia kerana ia bersifat global.

Ketua Penolong Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Asisten Komisioner Rohaimi Md Isa berkata, sindiket itu menyelusup masuk ke negara ini sejak 10 tahun lalu. African Scam bergerak seiring perkembangan teknologi maklumat dengan sindiket dari benua Afrika itu sentiasa mencari jalan dan mencipta modus operandi terkini dalam memastikan matlamat mereka untuk menipu mangsa terlaksana.

Terkini, taktik yang digunakan ialah mengambil kesempatan terhadap kelemahan kaum wanita dan menggunakan pendekatan psikologi.

“Sudah jadi trend orang kita, terutama wanita suka berhubung melalui internet. Mereka melayari laman web sosial, bersembang di chatroom untuk cari kenalan di seluruh dunia.

“Bila berkenalan dan sering berbual di internet, lama-lama mereka akan terpengaruh dengan rakan mereka itu walaupun baru kenal. Selepas dua-tiga bulan, hubungan pun jadi lebih erat,” katanya, mengulas bagaimana detik permulaan sebelum seseorang wanita menjadi mangsa sindiket terbabit.

Berdasarkan kes, kebanyakan wanita yang menjadi mangsa mengaku terpedaya dengan layanan, madah dan pujuk rayu teman Internet masing-masing walau hanya berbual di telefon.

Rohaimi juga tidak menafikan dengan hanya menatap gambar yang dihantar melalui e-mel dan melihat wajah teman ketika berbual di webcam juga mampu membuatkan ramai wanita seolah-olah menjadi angau kerana terpikat dengan ketampanan wajah teman mereka.

“Ramai wanita kena tipu sebab kenalan mereka itu sebenarnya tidak menunjukkan wajah dan identiti sebenar mereka. Mereka tunjuk gambar model-model kacak di Internet dan mengaku gambar itu gambar mereka.

“Bagi yang berbual melalui webcam, mereka juga tertipu kerana apa yang dilihat adalah sekadar rakaman video,” katanya sambil mengakui kemahiran dan kelicikan penjenayah-penjenayah antarabangsa itu.

Lanjutan daripada ikatan yang terjalin, penjenayah menarik perhatian mangsa dengan barangan mahal, wang ringgit atau hadiah pula.

“Wanita sekali lagi terpedaya apabila teman mereka memberitahu akan menghantar bungkusan atau wang ringgit dalam jumlah yang banyak sebagai tanda cinta.

“Malah, ada juga penjenayah yang mengaku telah menghantar wang yang banyak dalam Dolar Amerika atau Pound Sterling,” katanya.

Mangsa sekali lagi tertipu apabila mereka mendapat tahu bungkusan hadiah yang dihantar ‘terkandas’ di lapangan terbang atas masalah tertentu dan mereka perlu membayar pelbagai jenis bayaran untuk tujuan pelepasan.

“Panggilan demi panggilan akan dibuat meminta mangsa membayar caj pelepasan. Mereka yang menelefon mengaku sebagai wakil kastam dan akan memberikan nombor akaun supaya mangsa dapat memasukkan wang,” katanya.

Menurut Rohaimi, jalan cerita yang diilhamkan mat Afrika ini sememangnya nampak tidak logik dan diterima akal apatah lagi jika melihat kepada mangsa yang terdiri daripada golongan cerdik pandai termasuk pendidik, pensyarah, eksekutif dan kakitangan kerajaan.

Malah, jika dilihat dengan teliti pada dokumen yang dihantar sindiket kepada mangsa, terdapat beberapa kesilapan yang jelas seperti kesilapan logo, ejaan dan fakta.

“Dalam kes tipu wasiat misalnya, mereka hantar dokumen daftar surat mati dengan logo Kementerian Kesihatan, sedangkan di Malaysia surat mati dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara,” katanya.

Pun begitu, beliau tidak menafikan ada juga lelaki yang menjadi mangsa tetapi penipuan lebih menjurus kepada sikap tamak, bisnes dan penipuan wasiat.

iklan

Video

Ahad, 17 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: InTeam - Kasih Kekasih

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan