94 Kes Peleburan Wang Haram Dalam Pendakwaan

Diterbitkan: Isnin, 19 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sejumlah 94 kes pelaburan wang haram kini dalam pelbagai peringkat pendakwaan, dengan lebih 3,000 pertuduhan melibatkan keuntungan berjumlah RM1.2 bilion, kata Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Zamani Abdul Ghani.

Zamani yang juga Pengerusi Jawatankuasa Penyelaras Kebangsaan bagi Menangani Peleburan Wang Haram (NCC) berkata, agensi-agensi penguatkuasaan undang-undang juga telah meningkatkan kapasiti dan usaha dalam menangani peleburan keuntungan wang haram itu.

Beliau berkata, tiga agensi penguatkuasaan undang-undang utama melaksanakan Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pencegahan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA) iaitu Polis Diraja Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan Kastam Diraja Malaysia - telah mewujudkan unit khusus pencegahan pengubahan wang haram/pembiayaan keganasan (CFT) untuk memberi tumpuan dalam siasatan dan menyegerakan penguatkuasaan.

"Agensi penguatkuasaan lain yang berkaitan turut meningkatkan usaha dan memperoleh kemajuan yang sama," katanya dalam ucaptama pada Persidangan Jenayah Kewangan dan Keganasan Antarabangsa 2010, di sini Isnin.

Zamani juga berkata, usaha bersepadu oleh agensi penguatkuasaan undang-undang berjaya meningkatkan pendakwaan dan rampasan tanpa pendakwaan kes-kes peleburan wang haram/pembiayaan keganasan (AML/CFT) pada purata tahunan 86 peratus.

Zamani berkata bagi Malaysia, selari trend global, sistem kewangan terus menjadi antara kaedah pilihan dalam menyalurkan keuntungan hasil aktiviti jenayah.

Beliau berkata, sejak beberapa tahun kebelakangan, aktiviti itu dilakukan menggunakan gabungan tiga kaedah seragam.

Pertama, penjenayah semakin kerap menggunakan akaun repositori iaitu melakukan pengeluaran serta-merta sebaik deposit diterima.

Dua kaedah lain ialah pergerakan pantas wang merentas sempadan dan membabitkan pihak ketiga dalam aktiviti peleburan wang.

"Walaupun ia bukan khusus kepada Malaysia, institusi kewangan dinasihatkan supaya memastikan kawalan kukuh dilakukan bagi mengesan dan mencegah aktiviti ini," katanya.

Zamani berkata, sebagai contoh, modus operandi kes penyeludupan wang haram ke Malaysia oleh ejen kumpulan penjenayah ialah dengan ejen terbabit mendepositkan wang tunai dalam pelbagai akaun entiti dan individu di beberapa cawangan bank yang beroperasi di bandar-bandar di sempadan.

Deposit itu hanya kekal dalam akaun untuk tempoh yang terhad sahaja dan akan dikeluarkan oleh ejen untuk dipindahkan pula atau diseludup ke negara jiran yang lain, seperti yang diarahkan oleh sindiket.

Persidangan dua hari bertemakan "Memperkukuh Tadbir Urus untuk Memacu Nilai dianjurkan bersama oleh Institut Bank-Bank Malaysia dan Kumpulan Rangkaian Pegawai Pematuhan Malaysia.

Seramai 550 peserta dari 14 negara hadir pada persidangan itu. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 15 Disember 2017 2:27 PM

Biarlah Ia Berlalu" - Adi Putra

Jumaat, 15 Disember 2017 11:51 AM

Aksi 'Rempit' Fasha Sandha Jadi Perhatian

Jumaat, 15 Disember 2017 9:00 AM

#akuStar: Pesawat - Luluh

Khamis, 14 Disember 2017 1:00 PM

Peminat Lega Tiada Suara 'Kepit' Sajat

Rabu, 13 Disember 2017 9:00 AM

Jadi Pilihan Pekin Ibrahim, Siapa Donny Alamsyah?

Selasa, 12 Disember 2017 5:41 PM

Jom Lepak Tempat 'Best' Tapi Percuma

Selasa, 12 Disember 2017 8:30 AM

Isteri Pertama Kena Kuat, Tak Boleh Lemah - Elizad

Kolumnis

iklan

Iklan