1,971 Projek Dari 4,474 Projek R&D Di Bawah RMK-9 Siap

Diterbitkan: Isnin, 19 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KUALA LUMPUR: Sebanyak 1,971 projek atau 44 peratus daripada 4,474 projek pembangunan dan penyelidikan di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan (RMK-9) telah siap dengan 1,052 harta intelek difail atau didaftarkan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Datuk Dr Maximus Johnity Ongkili berkata, 352 projek atau 18 peratus daripada projek yang siap itu berjaya dikomersialkan dengan hasil jualan bernilai RM3.2 bilion.

"Dalam tempoh yang sama, sebanyak 10,148 penerbitan saintifik telah dihasilkan, iaitu 9,040 peringkat dalam negeri dan 1,108 peringkat antarabangsa," katanya semasa sesi soal jawab di Dewan Negara, Isnin.

Beliau menjawab soalan Senator Khoo Soo Seang yang meminta Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi menyatakan rangsangan dan galakan yang ditawarkan kementerian itu demi menggalakkan aktiviti penyelidikan dan inovasi agar meningkatkan mutu barangan Malaysia.

Ongkili berkata, di bawah RMK-9, kerajaan telah menyediakan 18 dana khusus untuk menggalakkan aktiviti penyelidikan dan pembangunan dengan peruntukan berjumlah RM2.9 bilion bagi membiayai 4,474 projek.

Katanya, bagi menggalakkan lagi aktiviti penyelidikan dan pembangunan yang sekaligus dapat meningkatkan mutu barangan Malaysia, kementeriannya turut melaksanakan program sokongan inovasi yang menumpukan kepada pengukuhan prasarana pengkomersialan dengan penyediaan platform pemadanan perniagaan dengan kerjasama persatuan perniagaan.

Kerjasama antara institusi penyelidikan dan institusi pengajian tinggi dengan pihak industri turut dilaksanakan bagi memastikan hasil penyelidikan mampu diekploitasikan oleh pihak industri.

Ongkili berkata, kerajaan juga akan terus memberi penekanan dalam pembangunan modal insan yang berteraskan ekonomi berasaskan inovasi serta tekno keusahawanan dengan melaksanakan pelbagai inisiatif.

"Antara inisiatif yang dilaksanakan termasuk, menawarkan program-program pembangunan modal insan, memperkukuhkan program 'Brain Gain Malaysia' dengan mensasarkan penyertaan 1,000 saintis, penyelidik dan inovator untuk menyumbang kepada pembangunan negara dan menerajui program Malaysia Inovatif 2010 yang bertujuan membudayakan kreativiti dan inovasi ke dalam masyarakat," katanya. -BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan