Sultan Kelantan Selamat Jalani Prosedur Angiogram, Angioplasty

Diterbitkan: Ahad, 18 Julai 2010 12:00 AM

(Ubah saiz teks)

KOTA BARU: Sultan Kelantan, Tuanku Ismail Petra dilaporkan selamat menjalani prosedur Angiogram dan Angioplasty di Hospital Mount Elizabeth, Singapura, Sabtu.

Pengelola Istana Diraja Kelantan, Datuk Abdul Halim Hamad berkata ketika ini baginda masih menerima rawatan daripada pakar-pakar perubatan di hospital tersebut.

"Syukur Alhamdulillah, baginda Al-Sultan telah selamat menjalani presedur Angiogram dan Angioplasty pada 17 Julai 2010 (semalam).

"Yang Maha Mulia Pemangku Raja Kelantan yang begitu prihatin terhadap kesihatan ayahanda baginda merasa amat gembira dengan perkembangan ini," katanya dalam kenyataan kepada media di sini, Ahad.

Abdul Halim berkata Pemangku Raja Kelantan akan mengatur penerbangan pulang baginda ke sini seberapa segera walaupun pada mulanya baginda dijadual untuk berangkat pulang pada Rabu ini.

Beliau berkata Pemangku Raja Kelantan sentiasa mendoakan yang terbaik buat ayahanda baginda dan mengharapkan rakyat turut sama mendoakan agar Sultan Kelantan segera sembuh daripada kegeringan.

"Pemangku Raja Kelantan telah mengatur solat hajat di beberapa masjid di negeri Kelantan dan berharap ia dapat diteruskan oleh rakyat baginda," katanya.

Sehubungan itu semua pihak diingatkan agar tidak membuat sebarang andaian atau kenyatan bagi kepentingan diri masing-masing.

"Semua pihak perlu mengambil langkah-langkah agar tidak mengaibkan keluarga Diraja Kelantan. Biarkan segala kemelut diselesaikan secara kekeluargaan.

"Berat mata kita memandang, berat lagi keluarga Diraja memikul. Kita hanya mampu berdoa kepada Allah S.W.T," kata Abdul Halim. Sultan Kelantan berlepas ke Singapura, Khamis lalu bagi mendapatkan rawatan susulan di hospital tersebut.

Tuanku Ismail Petra yang mengalami masalah kesihatan telah dimasukkan ke Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) Kubang Kerian di sini pada 14 Mei tahun lalu untuk menerima rawatan.

Baginda kemudiannya dimasukkan ke Hospital Mount Elizabeth untuk menerima rawatan susulan pada 24 Mei tahun lalu dan berangkat pulang ke Istana Mahkota di sini pada 4 Mac lalu.

Pada 4 Mei lepas, Tuanku Ismail Petra dimasukkan ke HUSM Kubang Kerian untuk diperiksa oleh doktor panel yang dilantik kerajaan negeri dan baginda dibenarkan keluar dari HUSM pada 9 Mei. - BERNAMA

iklan

Video

Jumaat, 22 September 2017 2:00 PM

Ella Gamit Kenangan Bersama The Boys

Jumaat, 22 September 2017 9:00 AM

#akuStar: Andi Bernadee - Tiada Lagi Maaf

Khamis, 21 September 2017 2:00 PM

Monoloque Tak Habis-Habis Nak Sindir Orang!

Khamis, 21 September 2017 9:00 AM

Popular? Tolak Tepilah! - Bob (AF2)

Rabu, 20 September 2017 4:00 PM

Irfan Haris Nafi Tumpang Populariti Kakak

Selasa, 19 September 2017 2:00 PM

Keluh-Kesah Jalil Hamid

Selasa, 19 September 2017 9:00 AM

Kau Buat #OOTD Pun Riaklah! - Wak Doyok

Isnin, 18 September 2017 2:30 PM

Belum Masa Gantung Skrip – Naim Daniel

Kolumnis

iklan

Iklan